06 November 2014

Bercakap Dengan Malina.

I found this on twitter.

It's nice when someone remembers every detail about you. Not because you keep reminding them, but because they pay attention to you.

Aku ada sedikit terkenang-kenang tentang apa yang aku ada dulu, dan apa yang aku hadap sekarang. Ada seseorang yang sentiasa mendengar, selalu ada, malah kedua-dua belah telinganya ditinggalkan terus pada aku, supaya bila mana aku rasa hampa, sentiasa ada tempat untuk aku meluah rasa.

Tetapi itu dulu. Maafkan aku kerana masih mengingat apa yang sudah patut aku buat tak tahu. Menyesal, itu sudah pasti. Tapi aku tak mahu mengait semula apa yang tidak patut dan tidak mungkin akan kembali.

Kesalan itu sebenarnya datang bila bahagia yang aku mahukan tidak pernah menghulurkan tangan. Ada yang tiba, memberi duri membuatkan aku terluka. Luka lama yang hanya sembuh tapi tidak akan hilang parutnya, kini kembali terbuka, kembali mengalirkan darah duka, kembali menyiksa.

1 comment:

Anonymous said...

mungkin sahaja, sa-buah cinta itu wujud dengan sekejap dan hilang secara tiba-tiba dan muncul lagi apabila kamu telah mencipta sa-buah cerita baru untuk di-putarkan.

Ah mungkin sahaja sa-buah kewujudan cinta tidak perlu disebut-sebut diperbesarkan sehingga membebankan sa-buah semut yang masih belajar untuk mencari gula dan aku adalahlah sa-orang celaka, yang pergi secara tiba-tiba sehingga menyebabkan bumi leper menjadi sa-buah piring hitam yang tidak akan dimainkan lagi. mengingati kamu sebagai sa-orang bidadari comel bertudung putih serta cardingan hitam diruangan cahaya kuning samar-samar bersa-orangan semasa dikelilingi oleh orang-orang hitam menyebabkan aku menulis sekali lagi.

dan ah, ini fiksyen