02 March 2015

Hello, March

Mungkin kau tak baca. Mungkin kau tak tahu pun blog ini ada. Tapi semua tu tak bagi banyak beza. Cuma kalau kau ada terbaca, sejujurnya aku masih risaukan kau yang ada dekat entah mana-mana. Aku masih risaukan tentang kau yang semakin aktif bersukan bersuka ria. Aku masih risaukan lutut kau yang tak terjaga. Cuma segalanya tak terluah, tak terkata. Sebab apabila satu perkara dah terhenti secara tiba-tiba, rasa malu, rasa bersalah untuk bertanya khabar berita sentiasa menunjukkan muka. Membuatkan aku terus diam, dan mengharapkan kau itu, baik-baik sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

Amal,

aku baca post post kau sampailah di post yang bertajuk abah, 23 feb 2012.

aku baca semua post dari yang latest ke older sambil makan krepek ubi sambal di meja diam diam sebab semua orang dah pergi keluar lunch.

tapi sampai part abah, aku terhenti. simpan kerepek dan aku tuliskan ini.

aku jadi sebak. baru aku tahu kenapa adik aku yang bongsu sungguh sungguh tak nak keluar belajar jauh jauh. sejak spm dia cakap macam tu. akhirnya, Allah tunaikan hasrat dia even aku kakak dia tak berapa nak setuju.

rupanya, inilah dia. bila semua orang dah takde tinggal emak ayah aku, ada dia yang jadi peneman.

kakak jenis apa kan aku ni.

Amal said...

Miss anon:

Masih kakak yang baik. Jangan risau. Mak abah kita faham kita ada tugas masing-masing. Dan mak abah kita tahu kita tak akan lupakan mereka. Sikit kerepek woi. Mana aci makan sorang

Ana:
Saya tak rasa dia baca hihi