Tadi ada telemovie Cintaku Tertinggal di Mostar. Aku baru tahu Mostar ni salah satu tempat yang cantik di Bosnia. Tapi tu bukan point kenapa aku tulis blog malam ni. Aku tak ingat nama watak heroin dalam cerita ni, tapi ia dilakonkan oleh Siti Saleha. Permulaan cerita, ada scene Siti Saleha borak dengan Remy Ishak, dia punya best friend.
Saleha: "Farid, bila kita dah umur 30++ tapi kita tak ada sesiapa, kita kawin la"
Dan di situ lah aku terdiam. Sebab aku pernah keluarkan ayat yang sama pada kawan baik aku, J. Kawan baik di sini bermaksud dia seorang kawan yang sangat baik, dan sangat faham aku. Dia tahu semua baik buruk aku, koyak rabak luar dalam aku, segala rasa celaka yang pernah aku lalu. Semua. Semua dia tahu, dan dia ingat, dan dia tak pernah lupa. Kadang-kadang aku sendiri tak ingat apa aku pernah cakap, but he won't forget.
Dan apabila aku keluarkan ayat tu dari mulut aku, tak sangka, semuanya berubah. Dari kawan, kepada level atas sikit dari kawan. Sampailah dia datang jumpa parents aku. Mak abah suka. Rancang macam-macam.
Tapi ada perkara yang tak bergerak lancar. Dan semua tu berpunca dari aku. Kata abang, aku tak matang. Kata kakak, aku tak pandai hargai apa yang di hadapan. Kata dia, dia tak kata apa-apa. Dia terus terima dan terima apa yang aku putuskan.
Banyak benda jadi sampai aku sendiri malu nak tuliskan kesilapan aku. Cukuplah yang aku boleh katakan yang aku menyesal. Selfish, bodoh, angkuh, ego, childish, bangang, gemuk, dan semua perkara yang korang tak mahu ada pada makwe korang, ada pada aku. Sedih.
Tapi sekarang dia dah bahagia. Dia akan berkahwin dengan gadis pilihan hati dia, yang ternyata lagi baik dari aku. Tahniah, J. Aku gembira bila kau bahagia.
Kalau tak silap aku, hari ni genap setahun aku dan J bersama semula sebelum berpisah untuk terakhir kali. Dan keputusan untuk mencuba lagi pada ketika itu sebenarnya satu keputusan yang salah sebab aku merosakkan segala-galanya. Syukur sekarang dia dah bahagia.
Kalau kau baca ini, maafkan aku sebab menjaja cerita pasal kita yang dah lama tak ada. Maafkan aku yang masih belum lupa kerana buat kau terluka. Maafkan aku supaya hati aku tenang semula.
Maafkan aku, J.
No comments:
Post a Comment