Make it a habit to do nice things for people who will never find out
Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, terlalu ramai yang aku jumpa, dan ada antara mereka yang betul-betul menguji kesabaran aku sebagai manusia biasa. Sama ada yang betul-betul teman, atau cuma kawan. Ada yang hampir mengundang salah faham, tetapi kebanyakan masa, aku pendamkan saja. Entahlah, aku rasa aku tak cukup kuat untuk suarakan apa yang aku rasakan. Aku selalu rasa takut jika apa yang akan aku perkatakan nanti bikin yang dengar jauh hati. Aku tak betah hilang kawan, walaupun hanya aku yang menganggapnya kawan.
Sehinggalah beberapa minggu ini, semakin buruk pula keadaan. Seperti semakin teruk aku dipergunakan, dan kebodohan aku, aku masih berdiam, cuma meluahkan pada yang benar-benar aku percaya. Yang dengar, marah. Marah pada keberdiaman aku, kerana bukan kali pertama aku terkena. Dan aku yang dimarahi, terus pula terdiam kerana tersedar betapa aku terlalu membiarkan diri aku terus dipijak, mungkin sudah terseret ke sana sini.
Tapi aku terperangkap. Aku terperangkap dengan perasaan sayang pada teman yang mungkin tidak menganggap aku sesiapa dalam hidupnya. Dan aku biarkan lagi perasaan aku terus terluka, sedang senyuman aku paparkan untuk mereka yang mungkin tak pernah perasan apa yang aku dah buat untuk mereka.
Dan seperti ayat di atas, sesungguhnya, aku sedang cuba untuk sentiasa berbuat baik kepada semua orang walaupun yang aku terima adalah tidak setimpal. Mungkin masih kurangnya rasa ikhlas. Mungkin kerana tersimpan sikit rasa supaya kebaikan itu dibalas. Mungkin juga perkataan terima kasih untuk menghargai itu sendiri menjadi semakin mahal untuk dilepas.
1 comment:
Itulah kehidupan yang perlu diteruskan.
Kehidupan yang kadangkala memang tidak memuaskan.
Sampai satu tahap rasa tiada siapa yang mampu gembirakan kita melainkan diri sendiri.
Come on Siv!
Post a Comment