Susah juga yang nak istiqamah dalam menulis blog. Menulis novel pun tak siap-siap. Aduh.
Tadi pagi aku ke RHB Islamic Bangi. Plan nak terminate loan ASB yang aku buat since 2012. Kenapa nak terminate? Sebab aku mula rasa rugi. First two years tu rasa sedap juga sebab dividen agak banyak. Tapi lately sikit la. Lagi banyak bayar daripada dapat hasil. Moleklah simpan sendiri saja. Maka kerana itulah aku putuskan untuk surrender. Lagi satu, aku baca few articles, ada yang kata kalau ada loan ASB ni, susah nak buat loan lain. Tapi tak tahulah kan. Dan aku harap, tak adalah shortfall atau hal-hal yang memerlukan aku untuk bayar lagi. Nangis hakak
So, aku sampai awal juga tadi. RHB pun belum buka lagi. Tulis dekat website, jam 09:15am baru start operasi. Tapi pintu buka jam 09:20am. Biasa la tu. Jejak masuk, jumpa seorang akak ni, aku pun tanya, macam mana nak terminate. Dia kata, tak boleh buat dekat RHB Islamic. Kena pergi dekat RHB conventional. Aduhai. Penat tunggu dekat setengah jam.
Makanya, tak selesai lagilah urusan aku untuk terminate loan ASB ini. Jumaat lah aku nak pergi Putrajaya. Kebetulan cuti. Mungkin aku boleh tengok wayang sekali. Eh.
No comments:
Post a Comment