16 March 2018

Karipap, Mini Burger dan Honda CR-V Hitam

Jumaat yang penuh berkat,

Jadi hari ini, seperti biasalah masih malas nak masak untuk breakfast dan bekal makan tengahari waktu kerja. Sedap lagi tidur ish ish. Maka aku pun membuat keputusan untuk beli saja nasi lemak dan karipap di satu gerai area Seksyen 3 Bangi. Entahlah, sedap betul karipap yang brader ni jual. Karipap ketiga tersedap yang aku pernah makan. Karipap paling sedap? Kakak aku buat. Mak jatuh nombor dua sebab mak punya kurang pedas (Hihihi sorry mak).

Sampai dekat gerai, aku tak nampak kelibat karipap. Alamak sudahlah lama betul aku teringin, bila nak beli, rupanya dah habis. Dapat beli nasi lemak dan mini burger saja. Tapi okay jugalah daripada tak ada langsung. Kan.

Jadi apa kaitan karipap dan Honda CR-V? Adakah pembuat karipap kini memiliki Honda CR-V Hitam?

Tidak.

Selepas beli makanan, aku pun teruskan perjalanan ke tempat kerja. Sampai di roundabout, nampak saja lampu merah untuk mereka yang nak exit roundabout, aku pun terus pulas throttle. Sumpah. Kalau kereta belakang aku tak hon hampir 15 saat, aku tak akan perasan sebuah Honda CR-V yang laju gila tak berhenti pun walaupun lampu laluan dia sudah merah. Dan kalau aku tak berpaling sebab terfikir apa salah aku kerana bunyi hon tu, padahal kereta belakang hon si Honda CR-V ni, mungkin, mungkin, nasi lemak dan mini burger aku ni akan bersepah ke jalan.

Syukur. Aku masih boleh menyanyikan lagu Perfect - Ed Sheeran di atas motor dengan hati sedikit berdebar selepas kejadian. Ya Tuhan maafkan hamba-Mu yang lupa berzikir, sibuk duk menyanyi :(

Terima kasih, Allah.

No comments: