Nak dijadikan cerita, petang tadi Dia ke JB, ada hal. Pergi bersama kawan-kawan, dua buah kereta. Jam 4 bertolak, jam 5 ketika aku bersiap untuk pulang kerja, aku terima mesej;
"Saya terbabas. Jangan risau, saya okay. Kereta saja yang teruk"
Berdegup laju jantung. Macam-macam perkara terus masuk dalam fikiran. Tapi bila tahu Dia okay, Alhamdulillah. Aku pun pulang ke rumah.
Sementara tunggu waktu berbuka, ada sesekali kami berbalas mesej. Katanya sedang uruskan kereta. Aku tak mahu rumitkan keadaan, aku biarkan Dia uruskan dulu apa yang perlu. Dah sudah, baru hubungi aku.
Lepas Maghrib, aku terima mesej lagi. Kali ini dengan gambar.
Allahuakbar.
Berderau darah, menderu air mata jatuh. Syukur yang teramat aku panjatkan pada Allah melihat Dia teguh berdiri di sebelah keretanya yang terbalik begitu sekali.
Ya Allah. Terima kasih selamatkan pergantungan jiwaku ini. Aku terima dengan redha segala yang sudah terjadi.
Allahuakbar :(

No comments:
Post a Comment