16 November 2018

RIP Gempak Starz


Ini aku punya rak, sekitar tahun 2012 kalau tak silap. Bukan nak tunjuk buku Fixi sebab aku tahu ada lagi ramai yang ada baaaanyak buku Fixi siap susun ikut warna. Aku nak cakap pasal komik di rak paling bawah sebelah kiri.

Berita sedih. Pedih.

Tahun lepas, kakak aku mesej "Mena, mak dah bakar semua komik kau".

Kenapa? Entah.

Yang aku tahu, dari zaman sekolah lagi mak aku memang tak suka aku beli komik. Aku sanggup tahan lapar dekat sekolah sebab nak beli komik dari gempak starz ni. Dari yang lokal, ataupun komik terjemah dari korea atau jepun. Memang aku suka. Tapi mak aku tak suka.

So di hari mak aku mengamuk dan memusnahkan semua komik yang aku kumpul dari tingkatan 2 ni, puncanya kerana rak aku ni jatuh atas pasu bunga mak aku dan pasu itu pecah.

Sedih gila weh. Tapi takkan aku nak mengamuk juga. Aku buat-buat tak tahu dan sikit pun aku tak tanya mak aku, mana komik-komik aku.

Cuma, aku harap bila aku dah ada anak, semoga aku lebih memahami perasaan anak aku.

Hm.

No comments: