16 July 2019

Antara Fast Food dan Saya

Last weekend, Fattah pergi JB, rumah kakak dia. Jujurnya setiap kali dia bagitahu nak ke JB atau mana-mana tempat di luar Mersing, aku sangat risau. Takut hal tahun lepas jadi lagi. Nauzubillah! Jadi dia dekat JB dari hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Sepanjang dia dekat sana, memang dia akan share dia makan apa, pergi mana, buat apa, tipikal tugas pakwe untuk elakkan makwe meroyan lels. Siang dia tunjuk kakak dia masak makanan Kelantan, gulai warna kuning, siap pakej soalan "Pandai masak macam ni tak?" Dinda keturunan banjar, kanda. Celah mana pandai masak lauk gitu. Tunggulah lepas kahwin saya belajar dengan mak mentua InsyaAllah ecewah! Malam pula dia tunjuk pizza tapi lepas tu dia membebel topping kakak dia pilih tak sedap. Lupa dah aku apa dia. Esoknya dia tunjuk makan McD pula. Lepas tu macam-macam makanan lagi lah. Tiba-tiba hari Sabtu aku dapat text daripada dia, katanya sorry. 

Kenapa sorry?

Dia cakap, sorry sebab share macam-macam makanan. Nanti kita jumpa, kita makan sama-sama ya? 

Lama aku terdiam lepas baca mesej dia. Tak sangka. Sangat tak sangka. Dia tahu, gaji aku tak seberapa. Jadi dia tahu macam mana aku ikat perut untuk simpan duit nak kahwin untuk kami berdua. Dan dia tahu dah berapa lama aku tahan diri nak makan fast food, atau makan dekat luar. Memang aku banyak masak sekarang. Jimat. RM 100 cukup untuk makan sebulan kalau masak. Sebab tu aku terdiam. Entahlah. Tiba-tiba aku rasa macam disayangi sangat. Rasa macam dia tak pernah lupa. Rasa macam gembira sangat ada orang dekat sana yang hargai aku. Rasa macam aku ni penting sangat. Mungkin yang baca ni tak boleh relate apa aku rasa tapi entahlah. Aku rasa aku happy sangat dengan kata maaf dia. 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih awak. 

No comments: