PENAT!
Sebenarnya kalau ikutkan hati aku, aku taknak bertunang. Biar terus nikah je. Tapi tulah. Bila aku suarakan pendapat aku pasal tak nak bertunang, habis family aku hampir sawan LOL. Aku anak bongsu, kena buat kenduri betul-betul, kenduri last, dan sebab dah lama rumah mak abah tak buat kenduri. Last wedding pada 2008, kakak aku. Gila 11 tahun dah HAHAHA!
Demi menjaga hati ramai pihak, aku pun buat jugalah bertunang. Bertunang nanti sekali merisik jelah senang. Fattah jauh kat Kelate takkan nak ulang alik dua tiga kali. Selagi boleh jimat, kita jimat. Ye dak? Haa gituu.
Plan kali ni, Fattah kena datang Bangi. Tapi disebabkan Fattah belum boleh drive jauh seorang diri, so hari Khamis (26/09/2019), aku ke Mersing naik bas untuk gerak ke KL sama-sama dengan dia. Bas pagi, jam 9. Sampai Mersing dalam jam 3pm gitu, Fattah baru habis kerja, terus pick up aku bawa pergi makan dekat kedai favorite sis, tepi jeti. Tapi ikan keli dia dah tak berapa kick la. Sedih hakak.
Siap makan, nak cari keropok buat bekal nak ke KL tapi pakcik keropok tak ada. Double sedih. Kemudian kami berdua pun memulakan perjalanan ke KL. Sampai KL dalam pukul 10pm gitu, Fattah check-in, lepas tu kami terus pergi makan. Lepak-lepak sekejap dekat tempat biasa (Jambatan Putrajaya LOL) kemudian balik rehat.
Esoknya, plan kami nak cari cincin dan pergi ke bridal yang ada service sewa baju pengantin yang boleh post sebab kami memang nak sewa baju saja. Mula-mula ke Kedai Emas Sri Tanah Merah dulu. Saja nak tengok cincin dulu. Kalau mahal sangat, suruh Fattah cari dekat Kelantan je nanti. Hari tu harga emas kedai ni RM206/g. Agak murah laa compared to semalam punya harga RM215. Free upah gaiss. Sebab memang ada kedai RM 190++ tapi exclude upah. So sebenarnya kan macam sama jee. Dedua mahal. Sobs.
![]() |
| Ini contoh cincin risik yang aku nak. Lawa kan. |
![]() |
| Ini cincin yang sis dapat. Hahaha lawa jugakkkk |
Cincin impian aku tak ada so yang aku beli ni pun lawa juga. Berat juga laa pada aku. 2.33g so dalam RM 480. Okay cincin risik done!
Lepas tu kitorang tengoklah cincin tunang kan. Standard cincin berbatu lah. Tapi mak aih semua harga RM800 dan ke atas. Apooo! Then kami decide cincin tunang tu nanti, Fattah beli dekat Kelantan jelah. Emas kelantan pun murah lagi kan hehehe!
Settle bab cincin, kami pun ke next plan, nak pergi bridal. SNSS Beauty House. Sekalinya tutup gaisss hari Jumaat. Eyy nak nangis rasa! Tapi tak apa, kami terus ke Gulati's nak tengok lace untuk baju nikah aku nanti. Sebenarnya bukan nak beli lagi, cuma nak tengok warna apa yang sesuai. Memula kan aku plan nak beli lace warna gold sebab nak padankan dengan samping Fattah. Tapi bila sampai dekat Gulatis tu, tengok-tengok tak lawa laa kalau warna lace kontra dengan baju. Tak nampak macam baju nikah. So kena cari lace cream. Nanti jelah sis beli online.
Perut dah lapar, maka kami pun ke Warong Kita. Fattah mengidam nasi manggey. Cian orang Mersing tak jumpa nasi macam ni dekat sana. Siap makan, Fattah solat jumaat dulu. Lepas tu baru kami ke IOI City Mall nak cari baju tunang Fattah. Weiii bapok susah nak cari kemeja dia ni. Yang aku suka dia tak nak, kain tak best la, tak nak long sleeves la. Adoiii lelaki ni kan kalau datang bab cerewet dia, lagi terox dari aku. Sampai nak patah kaki pusing IOI tu. Sempat juga laa kami ke JD Sport semata-mata nak ukur size kaki aku hahahaha!
Tak jumpa baju dekat IOI, pergi Alamanda pulak matilanakkk. Punnn tak ada baju yang kena dekat mata dia. Haa pepandai la awak beli sendiri nanti. Balik rumah petang, keluar semula dalam pukul 10pm. Nak dinner dan bincang secara details tentang flow majlis. Tapi sempat lepak dengan Amir dulu. Amir ni member Fattah yang teman Fattah jumpa aku for the first time. Kakaka kenangan gila!
![]() |
| Hahaha inilah kami 4 tahun lepas. Dari kiri: Fattah, aku, Shak, Amir |
Esok pagi nak pergi SNSS Beauty, dia buka pukul 2pm gaiss. Gilaa kami ni nak gerak balik ke Mersing. Hmm last last tak pergi pun. Nanti aku pergi jelah dulu sendiri nak tengok bajunya macam mana. Bulan Nov Fattah mai semula baru pergi bridal tu. Sebelum gerak ke Mersing, lunch pecel lele dulu di kedai makan favorite kami. Dalam jam 1pm gerak ke Mersing, sampai dekat jam 7pm sebab sempat berhenti makan McD dekat Kluang. Mersing tak ada McD kikikiki
Malamnya kami duduk berbincang dekat kedai makan tepi laut, Bayu. Ada pondok dan meja. Ngam laa untuk tulis apa yang patut. Bincang (baca: gaduh) sampailah decide apa yang patut.
![]() |
| Kesian Fattah pening fikir hal majlis. |
![]() |
| Aku tenang je hadap makanan sebelum kena marah sebab tak habis HAHAHA |
Dan esoknya (29/09/2019) aku pun gerak semula ke Bangi naik bas jam 1230pm. Sampai Bangi dekat jam 8pm. Penat nak mampossss tapi puas hati! Few things tak berapa menjadi tapi tetap happy dengan hal-hal yang dah selesai. Alhamdulillahhhh!
Untuk 4 hari ini, terima kasih, Fattah! Semoga Allah permudahkan urusan kita berdua. I love you!
![]() |
| Aku rasa macam cantiknyaaa kakaka okbai! |








2 comments:
tengok countdown hang ni sama macam countdown anak second aku.
hauhauhau. Nak juga tgok siv atas pelamin.
Semoga semua baik2.
Kau ke, Pit? Tapi yang aku tahu nak dapat anak kedua, kau jelah. Dan guna hang. Dan yang masih blogging dan baca blog aku kakakaka! Thank you atas doanya dan semoga kau pun baik-baik je okayyyy
Post a Comment