07 January 2011


Satu masa dulu, saya suka berjalan seorang diri, menuju ke satu bukit yang cuma ada satu batang pokok di puncak nya. Di situlah tempat saya melukis segala harapan pada langit, menyanyi setiap bait impian pada bintang, membisik segala kemahuan pada angin.

Sehinggalah satu hari, awak datang.

Awak pegang hujung jari saya, mengajar saya menulis kata cinta pada setiap lapisan awan, membantu saya mengait selembaran lautan harapan, dan menemani saya mendaki kebahagian.

Saya sentiasa tersenyum.

Kemudian, satu hari awak ajak saya berjalan-jalan di keluasan hijau lalang. Sampai dikawasan berbatu, saya terjatuh. Genggaman tangan awak terlepas. Kepala saya terhantuk pada batuan keras. Hati saya pecah. Otak saya terburai.

Tetapi, awak jauh di hadapan.

Namun, saya masih tersenyum sebab awak berpaling semula. Awak kutip serpihan hati, awak kumpulkan cebisan otak. Awak letakkan semula hati yang sudah berjahit pada tempat asal, awak abadikan kembali otak saya di dalam kepala, siap berbalut, supaya tak ada satu perkara pun saya akan lupa.

Saya terus tersenyum.

Kita berlari-lari menyusuri detik. Kerana terlalu gembira, saya semakin laju ke hadapan. Berhajat ingin terbang seiring masa. Sampai saya tak perasan kaki melangkaui jurang nyawa. Sekali lagi saya terjatuh, menunggu badan berkecai di dalam gaung. Namun tangan tetap dalam genggaman awak.

Awak diam renung saya yang tergapai-gapai pada lidah harapan.

Perlahan, tangan saya awak lepaskan. Dan saya terhempas cerucuk-cerucuk kehampaan, dengan kenangan yang awak pahatkan dalam memori yang awak balut simpankan dalam kepala saya.

Awak pergi. Saya memati.

04 January 2011

Dalam epik Star Wars, George Lucas ciptakan satu unsur utama yang ada kat mana-mana: "Force"

Hai. Nama saya Obi-Wan Kenobi. Kamu mesti kenal saya, bukan? Saya watak yang penting jugaklah dalam Star Wars. Bila saya pulang ke bumi, saya akan menggunakan nama Ewan McGregor. Dalam Star Wars, saya merupakan seorang Jedi. Tolong jangan tuduh saya ni seorang Sith. Saya memang tak suka tau. Saya tak ada rancangan jahat lagi untuk menguasai alam semesta ni semua dengan cara menaip entri blog. Nanti kejap, ke mana perginya saya punya lightsaber? Harap-harap Yoda tak pergi pajak lightsaber saya tu. Semoga "Force" bersama lightsaber saya tu.

Tiidddaaaakkkkk... Saayyyaaaa taakkk boollleeeehhhhh hidup tanpa lightsaber saya tuu... Ohh... Tiidddaaaakkkkk...

Tak payah pedulikan sangat dengan apa yang George Lucas dah lakukan sebab dia tak peduli sangat pun dengan "kuasa-kuasa" lain yang jauh di luar keberadaan dia. Sekarang, pengaruh sisi gelap dah termasuk kat dalam blog ni. Sebab tu entri yang kau baca ni tak menarik langsung. Walaupun tak hebat dalam penceritaan, aku tak peduli sebab aku tak peduli dan aku tak peduli. Terima kasih, Amal.