09 July 2018

Saya Sokong!

Sebenarnya aku nak tweet benda ni, tapi risau juga menyinggung perasaan individu tertentu, jadi aku tulis di sini. Sebab aku yakin, tak ada orang tahu blog ni. Aku rasa la. Tak yakin sangat.

Bila ada member kamu semua luah apa-apa, guys, please support.

Kadang-kadang mereka cuma nak bercerita sebab mereka tak tahan apa yang ada dalam dada. Mereka nakkan telinga. Jadi, kamu semua yang dipilih untuk mendengar, dengarlah betul-betul. Sama ada mereka cuma luahkan, atau ingin meluah dan bersedia untuk menerima nasihat. Kalau sekadar meluah, cuba sokong. Bukan dengan membandingkan kamu juga pernah sedih seperti mereka. Jangan. Jangan cerita pasal kamu. Biarkan mereka cerita pasal mereka.

Dan kalau mereka nakkan nasihat, nasihatlah selembut mungkin. Kadang-kadang, waktu mereka down, ayat yang simple pun boleh membunuh. Kamu mesti pernah rasa, jadi kenapa nak bagi orang lain rasa teruk macam kamu rasa?

Eh entahlah. Rasa macam tak sampai pula maksud sebenar. Tapi aku tengah bengang sebab aku luah something dekat member, alih-alih kena nasihat package bebel lepas tu tak disokong pulak. Berganda-ganda rasa sakit hati.

28 May 2018

12 Ramadan

Nak dijadikan cerita, petang tadi Dia ke JB, ada hal. Pergi bersama kawan-kawan, dua buah kereta. Jam 4 bertolak, jam 5 ketika aku bersiap untuk pulang kerja, aku terima mesej;

"Saya terbabas. Jangan risau, saya okay. Kereta saja yang teruk"

Berdegup laju jantung. Macam-macam perkara terus masuk dalam fikiran. Tapi bila tahu Dia okay, Alhamdulillah. Aku pun pulang ke rumah.

Sementara tunggu waktu berbuka, ada sesekali kami berbalas mesej. Katanya sedang uruskan kereta. Aku tak mahu rumitkan keadaan, aku biarkan Dia uruskan dulu apa yang perlu. Dah sudah, baru hubungi aku.

Lepas Maghrib, aku terima mesej lagi. Kali ini dengan gambar.



Allahuakbar. 

Berderau darah, menderu air mata jatuh. Syukur yang teramat aku panjatkan pada Allah melihat Dia teguh berdiri di sebelah keretanya yang terbalik begitu sekali. 

Ya Allah. Terima kasih selamatkan pergantungan jiwaku ini. Aku terima dengan redha segala yang sudah terjadi. 

Allahuakbar :(