Happy belated birthday, Amalina. :)
11 September 2012
08 August 2012
#8
Malam tadi, aku rasa ada satu syaitan terlepas dari neraka yang telah menghasut aku untuk membiarkan motorsikal berdiri dengan sendirinya tanpa tongkat. Sudahnya, betis kiri aku lebam ditindih motorsikal. Sungguh biadap!
Pulang dari kerja dengan perut lapar, dan insiden memalukan apabila jatuh secara berjemaah dengan motorsikal di hadapan rumah, mungkin tidak cukup apabila tak sampai lima belas minit selepas itu, siku aku pula mencium pintu ke bilik air. Hampir nak terbelah dua tempurung siku aku rasanya.
Sama ada aku terlalu gembira tanpa sebab, atau memang ada syaitan terlepas dari neraka. Malam tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)