Malam tadi, aku rasa ada satu syaitan terlepas dari neraka yang telah menghasut aku untuk membiarkan motorsikal berdiri dengan sendirinya tanpa tongkat. Sudahnya, betis kiri aku lebam ditindih motorsikal. Sungguh biadap!
Pulang dari kerja dengan perut lapar, dan insiden memalukan apabila jatuh secara berjemaah dengan motorsikal di hadapan rumah, mungkin tidak cukup apabila tak sampai lima belas minit selepas itu, siku aku pula mencium pintu ke bilik air. Hampir nak terbelah dua tempurung siku aku rasanya.
Sama ada aku terlalu gembira tanpa sebab, atau memang ada syaitan terlepas dari neraka. Malam tadi.
9 comments:
lain kali jangan banyak berimajin, bro
sbb khusyuk puasa siang hari..
malang bertimpa2..sabar2..
Mgkin ada dosa yg nk dhapuskn,,,, bsyukurla bro,,.,hehe
mmg ada setan terlepas pun. dalam majalah asuh. bahaha!
Apa pasal semua panggil ko bro, KAK? Setan sekor pun takda bulan posa ni. Ko gembira sangat tu kenapa? Naya je.
Ophan,
Kalau tak berimajinasi, tak bergerak otak aku. hahaha
Nil,
Tak khusyuk sangat sebenarnya babe. hahahaha
Ana dan Guest,
Hahaha terima kasih. :D
Yaya,
Kau mesti tak baca Kawan ni!
Pisey,
Aku pun tak tau lah kenapa. Hahaha.
mungkin la terlepas sekor sebab takkan malaikat datang merasuk pulak ye dop Amal . hehe
hye..
amal..=)
Post a Comment