27 June 2019

Chin Up!

Pernah tak bila tengok kawan-kawan berjaya, kawan-kawan gembira dengan keluarga, kawan-kawan berjalan sini sana, kau rasa suka juga on behalf kawan-kawan tetapi jauh di sudut hati, kau rasa tak best. Bukan tak suka dengan kejayaan kawan-kawan, tapi sedih dengan diri kau yang di takuk lama. Sudahlah di takuk lama, takukan makin dalam pula tu. Harapnya tak terkubur terus.

Jadi semalam aku direct message seorang gadis yang aku sangat kagum. Kami tak pernah kenal in real life, dan tidak juga rapat di alam maya. Sekadar kenalan yang saling mengikuti. Kenapa aku message dia sedangkan kami tak kenal? Entah. Maybe sebab dia tak kenal aku jadi dia boleh nasihatkan aku tanpa dipengaruhi dengan personaliti aku. Atau sebab kami tak kenal jadi aku rasa kurang malu. Maybe. 

Dan aku kongsikan nasihatnya di sini. 

Waalaikummussalam, Amal. 
Bagi saya (saya tak pandai sangat, tapi saya komen berdasarkan apa yang saya rasa ya, insya-Allah).
Perasaan Amal tu normal untuk kadang-kadang kita rasa begitu. Tapi sebab kita tahu rasa tu tak OK, tak patut dan tak seronok, jadi kita memang tak perlu terus normalkan.
Tindakan Amal deactivate social media tu kira dah sangat bagus. Apa lagi saya boleh cadangkan, sebab yang boleh handle dan kenal diri Amal, adalah Amal sendiri. 
Mungkin yang Amal rasakan hanyalah rendah diri, sedikit insecure atau kecewa sahaja (maaf kalau salah). Sebab kalau betul Amal teruk, Amal takkan terfikir apa Amal buat salah. Amal pun dah cuba usaha, jadi teruskan usaha tu. Bagus dah tu. Teruskan doa sekali. 
Mungkin kena elak buat perbandingan di antara diri Amal dan orang lain. Percayalah setiap rezeki orang dapat, ada ujian yang dibayar selalunya melaluinya. Kita tak nampak dan kita tak tahu. Amal ada bahagian rezeki Amal yang lain, walaupun mungkin dugaannya adalah Amal tak dapat apa yang Amal tengok ada pada orang lain, tapi yakinlah apa yang Amal ada tu, antaranya mereka tak ada. 
Tipulah kalau saya kata tak nak apa yang dicapai sesetengah kawan saya. Tapi iyalah, mungkin usaha saya kena lebih, mungkin peluang mereka lebih dulu, saya akan datang. Mungkin ada perkara lebih baik untuk saya. Begitu. Insya-Allah. 
Teruskan bersyukur macam selalu, teruskan usaha lagi di samping sangka baik dengan takdir Allah. Takdir Dia seperti sangkaan kita. Jadi kena sangka, sebut dan minta baik-baik selalu, Amal. 
Insya-Allah ada rezeki Amal nanti. Mungkin lebih besar daripada apa yang Amal sangka dan fikirkan. Jangan putus asa tau. Amal fokus ja apa Amal ada dan buat sekarang. Teruskan doa baik-baik. Terus percayakan diri ya. Insya-Allah Amal boleh! 💪

Lembut je nasihatnya, tapi perlahan-lahan masuk dalam hati aku. Terima kasih, Anem. Terima kasih sangat-sangat. Semoga aku boleh terus positif, lebih berlapang dada, lebih bersyukur dengan apa yang ada. 

Alhamdulillah. 

26 June 2019

Everyone's Friend, But Nobody's Favorite

Aku selalu rasa left out. 

Aku ada rapat dengan seorang kawan masa degree dulu, H. Start dari minggu orientasi, dan kami pun sama kolej, sama course, terus berkawan sampailah habis belajar. Ada bergaduh masa tahun dua tapi dah baik semula dan aku rasa everything is okay.

Habis belajar, ada dua kali kami berjumpa. Jarang jumpa, jarang contact, tapi somehow both of us ada time perlu ada. 

Masa wedding salah seorang kawan sekelas dulu, kami jumpa lagi. Dan waktu tu dia cerita dia dah tak bersama dengan husband dia lagi. Curhat dua tiga jam dan masing-masing pulang. Dan diam lagi. Setiap kali birthday dia, Alhamdulillah aku belum lupa untuk wish. Same goes with Hari Raya. Dia antara yang akan dapat wish raya aku. 

Sampailah aku plan nak bertunang last year (tapi postpone sebab Fattah accident), aku jemput dia. Memang aku jemput yang rapat-rapat saja. Tapi bila kena tunda tu, aku bagitahu la juga kan. Dan masa bulan 9, dia tak wish birthday aku. Childish kan? Kalau tahun lepas saja aku ok, tapi dah beberapa tahun dia lupa (maybe). Dan aku cuba untuk cari, mana letaknya diri aku. So masa birthday dia aku tak wish, masa raya aku diam. Dan chat kami tak berubah dari yang tahun lepas punya. Tak ada yang baru.

Dan last week, ada satu kawan text aku, bagitahu yang dia terkejut sebab H dah ada baby. Aku stalk, and ya, dia dah ada baby. Membawa maksud dia sudah berkahwin dan baru bersalin. Dan aku tak tahu apa-apa. 

Maybe dia kahwin tahun lepas. Atau dua tahun lepas. Maybe masa aku jemput dia untuk ke majlis yang terpaksa ditunda, dia sedang pregnant. Dan dia tak bagitahu pun. Kalau dia bagitahu majlis kecil, cuma family saja, aku okay je tak datang, as long as diberitahu.

Betapa tak pentingnya aku dalam hidup dia. Sedih gila. Sedih. Dua tiga hari aku down bila teringat, teruk sangat ke aku sebagai kawan. 

Ada seorang ni pernah cakap dengan aku, "Hang ni ramai kawan eh"

Ya, kawan aku ramai. Tapi yang anggap aku kawan, ramai ke?