27 June 2019

Chin Up!

Pernah tak bila tengok kawan-kawan berjaya, kawan-kawan gembira dengan keluarga, kawan-kawan berjalan sini sana, kau rasa suka juga on behalf kawan-kawan tetapi jauh di sudut hati, kau rasa tak best. Bukan tak suka dengan kejayaan kawan-kawan, tapi sedih dengan diri kau yang di takuk lama. Sudahlah di takuk lama, takukan makin dalam pula tu. Harapnya tak terkubur terus.

Jadi semalam aku direct message seorang gadis yang aku sangat kagum. Kami tak pernah kenal in real life, dan tidak juga rapat di alam maya. Sekadar kenalan yang saling mengikuti. Kenapa aku message dia sedangkan kami tak kenal? Entah. Maybe sebab dia tak kenal aku jadi dia boleh nasihatkan aku tanpa dipengaruhi dengan personaliti aku. Atau sebab kami tak kenal jadi aku rasa kurang malu. Maybe. 

Dan aku kongsikan nasihatnya di sini. 

Waalaikummussalam, Amal. 
Bagi saya (saya tak pandai sangat, tapi saya komen berdasarkan apa yang saya rasa ya, insya-Allah).
Perasaan Amal tu normal untuk kadang-kadang kita rasa begitu. Tapi sebab kita tahu rasa tu tak OK, tak patut dan tak seronok, jadi kita memang tak perlu terus normalkan.
Tindakan Amal deactivate social media tu kira dah sangat bagus. Apa lagi saya boleh cadangkan, sebab yang boleh handle dan kenal diri Amal, adalah Amal sendiri. 
Mungkin yang Amal rasakan hanyalah rendah diri, sedikit insecure atau kecewa sahaja (maaf kalau salah). Sebab kalau betul Amal teruk, Amal takkan terfikir apa Amal buat salah. Amal pun dah cuba usaha, jadi teruskan usaha tu. Bagus dah tu. Teruskan doa sekali. 
Mungkin kena elak buat perbandingan di antara diri Amal dan orang lain. Percayalah setiap rezeki orang dapat, ada ujian yang dibayar selalunya melaluinya. Kita tak nampak dan kita tak tahu. Amal ada bahagian rezeki Amal yang lain, walaupun mungkin dugaannya adalah Amal tak dapat apa yang Amal tengok ada pada orang lain, tapi yakinlah apa yang Amal ada tu, antaranya mereka tak ada. 
Tipulah kalau saya kata tak nak apa yang dicapai sesetengah kawan saya. Tapi iyalah, mungkin usaha saya kena lebih, mungkin peluang mereka lebih dulu, saya akan datang. Mungkin ada perkara lebih baik untuk saya. Begitu. Insya-Allah. 
Teruskan bersyukur macam selalu, teruskan usaha lagi di samping sangka baik dengan takdir Allah. Takdir Dia seperti sangkaan kita. Jadi kena sangka, sebut dan minta baik-baik selalu, Amal. 
Insya-Allah ada rezeki Amal nanti. Mungkin lebih besar daripada apa yang Amal sangka dan fikirkan. Jangan putus asa tau. Amal fokus ja apa Amal ada dan buat sekarang. Teruskan doa baik-baik. Terus percayakan diri ya. Insya-Allah Amal boleh! 💪

Lembut je nasihatnya, tapi perlahan-lahan masuk dalam hati aku. Terima kasih, Anem. Terima kasih sangat-sangat. Semoga aku boleh terus positif, lebih berlapang dada, lebih bersyukur dengan apa yang ada. 

Alhamdulillah. 

No comments: