03 June 2010

I Might Be Wrong.

itu hari aku ada tanya kawan lelaki aku. aku bagi satu contoh untuk dia paham situasi tersebut ;

dia ada rapat dengan sorang kawan, yang berlawanan jantina dengan dia. rapat gila. 24 hours meset je keje. bukan lah tak berhenti langsung. tapi benda tu macam continuous. tak ada kata 'bye!'. malammalam, ada jugak lah lelaki tu call. but then, entah monsun timur laut ke barat daya entah yang melanda, tibatiba lelaki tu dah tak ada meset kawan rapat dia tu. kira nya kalau meset pun, benda yang penting.

so aku tanya kawan lelaki aku tu, kalau dia jadi watak lelaki tu, bagi sebab kenapa dia tibatiba berubah. tak kan lah menapos. aku tak rasa kawan aku tu ada pergi thailand buat pembedahan walaupun dekat.

kawan aku tu cakap, mebi tak ada kredit kot. ah alasan yang sangat quraisy. aku tau dia ada kredit. kawan aku cakap lagi, mebi dia cuma meset aku sebab dia tengah bosan. sebab tak ada orang lain yang meset dia. so the last choice is aku. itu kawan aku yang cakap. lelaki ya. bukan perempuan. heh.

dan tadi, errr pagi tadi. ex aku ada call. kali ni mungkin sebab dia dilanda nightmare yang teruk yang membuatkan dia tibatiba call aku. dah berapa tahun aku tak bercakap dengan dia, tibatiba nak kena borak macam biasa. janggal weh. janggal gila. dia bagitau dia ada problem dengan girlfriend dia yang sekarang. pungpangpungpang cerita, dia kata kalau dia tak jadi kawin dengan girlfriend dia tu, he will choose me. okay. aku nak mencarut. palat gila perangai. ingat aku apa?! bila dah tak ada orang lain, baru nak ingat dekat aku.

you know what, kadangkadang rasa macam hina pun ada jugak bila aku selalu dijadikan pilihan terakhir. tak kisah lah kawan atau more than that. sebab aku rasa macam, orang cuma hargai kehadiran aku bila orang lain dah tak ada. tapi aku sendiri dah tak tau nak buat macam mana. dulu, aku selalu berharap yang satu hari nanti, aku nak jadi first love kepada orang yang aku suka. tapi secara harfiahnya, orang yang aku suka tu, selalu nya akan suka orang lain. oh sadis amat. hahaha!

erm, kalau aku cakap dah memang tak wujud langsung orang yang betulbetul ikhlas macam mana? ke sebab aku belum jumpa? atau aku sendiri sebenarnya tak ikhlas? ikh. entah lah. buat kembang rambut je fikir benda alah ni.

I really feel
Like I'm losing my best friend
I can't believe this could be the end

9 comments:

paai said...

xper.igt frends come n go.mj0rity kwn mmg cm 2.then xkesah r boy or gurl n0w ble dh ada gf or bf mreka lg pntg dr kita then mreka akn tggal kita.ble ssh dtg cri kta,rite?ble sng blah..sbr lah.

deus X machina said...

prut

Anonymous said...

fatin;
hahah. life. kan?


deus;
nak kena tampar?

juanghidup said...

jgn kembang rambut, kembang telinga. hehehe...

rakan izzuddin yang sudah bersara menjadi player said...

aku tak tahu orang lain, tapi aku pernah alami situasi tu. lelaki perlukan kwn perempuan utk bcte mslh jiwa2. klu bab laen, laki lebih perlukan kwn sesama jantina. (jangan pikir liwat). dan sgt susah utk laki dan perempuan terlalu rapat tnpa apa2 perasaan. maka apabila tiba masanya dia rasa semacam dengan hubungan hanya kawan, dia mungkin akan menjauhi. faktor lain, dia sudah ada teman hidup, dia mungkin tak perlukan lagi kwn perempuan td serapat dahulu. bukan buang kawan, cuma dia meletakkan priority kpd pasangannye. kerana secara lumrahnya, lelaki bukanlah makhluk yang suka bermesej 24jam. mereka makhluk aoutdoor yang lg suka melepak bersama rakan. maka, bila sudah ada komitmen, masa free hanya diperuntukkan utk pasangannya.

intanurulfateha said...

.mungkin die suke u kot ;p

Zulfadli Zainal said...

jumpa pun blog fan radiohead.

back to topic, for me la, kita takkan tahu apa yg org lain nak. aku pun pernah tiba2 stop contacting someone out of sudden. but the only reason i did that is because im starting to like her.

nothing is gonna be clear enough for anybody but at least we tried to do something. =)

josh said...

ni blog baru ko ke hape?

Anonymous said...

Mr JH;
gila.hahah.kembang hidung boleh?hahahaaa


Mr Man;
kau buat entry ke? baidewei, aku terima fuck-tor ke dua.haha. betul lah. hahaha.
thanx man!


Mr Melon;
minat sikit2 je.hahaha.
dah kalau suka, kenapa stop dari contact dia?

Miss Intan;
tak mungkin.hahaha


Mr Josh;
yup.hahaha