duduk dalam bilik sorangsorang sambil makan lollipop yang dapat dari majlis orang kawin, tak lah berapa sedap sangat. bosan jugak duduk je tak ada kerja. kan? ye lah. duit pun tak ada. pakai helmet jugak lah time nak mintak duit dekat abah sebab nak beli topup selkom rm10, lepak cc dua jam, rm5. kalau malu sangat nak mintak, ambik aje kredit abah aku. halah. setakat rm5, tak lah luak sangat kan? hiks~!
oh. cakap pasal abah aku, dua tiga hari ni beliau agak bizi dengan projek pembinaan setor belakang rumah. mungkin kesan dari peningkatan sound efek yang dihasilkan mak aku disebabkan barangbarang abah aku yang semakin memenuhi segenap ruang rumah menjadikan abah aku semangat untuk menyiapkan setor tersebut secepat mungkin. aku pula berhempas pulas; membancuh simen, mengangkut batu bata. penat! ah maksud aku. aku berhempas pulas melihat abah aku membancuh simen dan mengangkut batu bata. penat! ya. itu ayat sepatutnya. mungkin kerana telinga aku tebal menangkis sebarang gema bunyi yang dihasilkan mak aku. tihihihi
hmm. bosan punya pasal, itu hari, aku ada layan satu movie korea. seducing mR. perfect. pasal satu perempuan ni yang end up untuk relation dia, dia selalu kena tinggal. memang kesian lah. sebab perempuan ni dah cukup baik serba serbi. makan pakai boyfriend dia, semua dia jaga. sampai satu hari, ada sorang mr. perfect ni bagitau dekat dia, salah dia sendiri yang menyebabkan dia kena tinggal. she doesn't know the rules of the game.
pelik kan? dah gila babi punya baik pun kena tinggal jugak. tapi bila fikir kan semula, apa mr perfect tu cakap, betul jugak. perempuan ni terlalu caring dengan lelaki tu. sampai dia tak sedar dia di sampah sarap kan.
dulu, ex aku pernah cakap dekat aku, love is just a big game bagi dia. masa tu aku baru setahun jagung. ingat kan dia nak mainmain kan aku. aku terus blah. sekarang, baru aku tau maksud dia. betul kan? love ni macam game. kau kena tau peraturan dia. kau kena ada good strategi supaya sampai satu masa, bila kau dah menguasai permainan, kau akan menang. kira nya, aku boleh simpulkan, love ni macam dota. heh.
dulu, bagi aku, perasaan yang wujud, jika bersebab, tu maksud nya tak berapa ikhlas. contoh, lelaki tu suka dekat perempuan tu sebab perempuan tu cantik. what if, perempuan tu kena simbah asid dan jadi tak cantik. perasaan tu akan hilang. kan? vice versa. tapi untuk zaman dunia tanpa sempadan sekarang, ada lagi ke yang seikhlas tu? masingmasing, malah aku sendiri pun, nak yang terbaik. jadi, perasaan untuk jatuh hati pada orang kemungkinan besar dipengaruhi banyak sebab. heh.
oh! itu hari aku ada sembangsembang dengan kawan aku sambil makan gulagula kapas. tibatiba dia bagi pendapat, love tu macam gulagula kapas. cantik. manis. tapi cuma untuk sementara waktu. once benda alah tu dah masuk dalam mulut kau, dia akan mengecik serta merta. lepas tu terus hilang. dah tak nampak kecantikan nya. dah tak ada manis nya. cara terbaik, kau cuma boleh biarkan aje gulagula tu terpamer dekat manamana petronas punya mesra. heh.
lollipop aku dah habis. babai.
I don't give a damn 'bout my reputation
And I'm only doing good when I'm having fun
7 comments:
betul ckp sylph tu. love like a game. but, love also must don't have a reason. only reason is,
"i love u"
is it right sylph?
dulu, aku pikir love dont have a reason. tapi itu untuk org yg betul2 jujur la.
macam susah je nak jumpa sekarang. tihihi
hahahah nice entry bro!
aku suka.
semua benda perlukan sebab dan semua perkara perlukan alasan..tp x semua soalan ada jawapan..
shux;
what the..?
sejak bila kau suka cinta cinta ni?
kah kah kah
black mel;
aaaaa. betul betul.
jiwang 24karat
Post a Comment