18 June 2010

Paperbag Writer [two]

Pukul 3 petang. Kamil penat betul hari tu. pada hal bukan nya bulan puasa. turun bukit sekolah nak berjalan pegi dekat motor pun rasa macam nak suruh Midi yang dukung. tu pun nasib baik Midi ugut nak terajang usus dengan limpa. kalau tak dah lama dia melekat belakang Midi. atas motor nak menuju ke rumah, berapa kali Kamil menguap sampai nak terkoyak tisu dekat pipi. kalau awek cun naik skuter pink tadi tak senyum dekat dia, kompem dia dah terperosok bawah myVi hitam yang dia punya driver bawak kereta macam palat.

sampai dalam bilik, beg sekolah main campak tepi meja. baju seluar lempar dekat sudut bilik. tinggal boxer. kipas dengan nombor lima memang cukup menggoda. Kamil angkat kepala sikit. nak tengok pintu bilik tu dah kunci ke belum. kalau boleh, penatpenat macam ni, tak mau ada gangguan dari adik perempuan dia yang tak habishabis ajak main masakmasak. ah macam aku tak ada kerja lain! itu ayat last yang terpacul dari kepala otak Kamil sebelum dia lelap atas katil bujang yang penuh peta dunia.

ketakkk!

Kamil terkejut. cepatcepat dia buka mata. nampak handphone cikai hadiah masa PMR dapat lebih dari 1A dah terbarai bawah katil. uhhhhh. Kamil menggeliat. dia punya sedap tu, sampai kejang kaki tangan. Kamil mendongak tengok tingkap.

"eh. pahal terang lain macam ni?!"

tangkas dia bangun dari katil.

"dah pagi ke? babi! lambat lagi aku pagi ni! mati aku kena tibai dengan cikgu Sobri!!"

terbayang dekat kepala Kamil bayang cikgu Sobri, cikgu disiplin yang paling jin sekali. sekali dia pekik, bukan setakat gegendang telinga rosak, cuping telinga tercabut terus. belum tengok setail dia berdiri tunggu budakbudak yang datang lambat lagi. memang cukup gerun lah orang kata. dia punya cahaya dekat kepala pulak memang boleh timbulkan katarak. ah banyak sangat pulak terkutuk cikgu. heh.

"ah mampus aku! mampus!"

tombol pintu dipulas. towel lilit leher, terus pergi dapur.

"kenapa mak tak kejut along bangun? dah lambat ni!"

Kamil marahmarah sikit. nak marah banyakbanyak, mak sendiri. karang Tuhan kasi cash, mau kena stroke, baru tergagapgagap nak mintak maap.

ketepakkk!

Kamil berpinar sikit. pening lepas kena tepuk dekat dahi.

"kenapa mak tepuk dahi along pulak ni?"

"kau ni gila ke apa? sekolah jadah nya! kejap lagi maghrib!" makcik Supiah dah mula marahmarah.

Kamil jeling jam dekat ruang tamu. 6.50. ternampak matahari yang mula nak menyorok.

"tu lah. suka sangat tidor petang!" sambung makcik Supiah lagi sambil goreng kangkung dengan belacan.

Kamil berlalu semula ke dalam bilik. rasa macam dah tebal sangat kulit muka. ternampak adik perempuan nya yang main masakmasak depan tivi angkat ibu jari tangan kanan ke arah nya. terkerut kening Kamil.

Tibatiba adik dia terbalik kan tangan supaya ibu jari tangan tadi ke bawah. Kamil terus masuk bilik. hempas pintu.

Sial!

7 comments:

samdol said...

bro!!!!!!

Anonymous said...

kakak amal..!!!wakakak.
rndu kat ko...mna ko p eh??

Mario said...

errr,,,,bro????hehe


perbanyakkn adegan cikgu sobri tu... byk best je...haha

Kuwe said...

hahaha. aku rajin kena gini. siap pakai baju sekolah dan keluar ambik basikal. otai habis.


ehh. buat la follower. senang aku tau kau update.

Hellioz said...

GAYAHAHAHAHAHAHA!
gwa ketawa caps lock bhai
sumpah lawak

gyahahahahahaah~
gwa penah rase ape yg lu rase
gyahaahahaahahaa~

josh said...

same cam ko amal.. tido petang.. malam kelawar

Anonymous said...

Miss/Mr Samdol;
pahal? haha


Miss Tiniey;
syial. jgn skema sangat panggil aku kakak lah! hahahaha



Mr Mario;
tengok lah dulu. takut lah. hahahaha



Mr Kuwe;
kan boleh folo tanpa letak folower. hihihi


Mr Hellioz;
sumpah lawak? ke sebab lu penah buat? hahahaha


Mr Josh;
ah sama macam kau lah jugak. hahaha