22 July 2010

Platonic Love.

kalau nak diperkatakan, anak sulung atau anak perempuan lazim nya rapat dengan mak kan? tapi ada jugak yang rapat dengan abah. tapi tak ramai kot. dan aku dalam golongan yang tak berapa ramai tu. mebi sebab dalam family aku, aku cuma ada sorang abang, tapi beliau pun rapat dengan mak, bukan dengan abah, menyebabkan abah senang untuk bercerita macam macam dengan aku. ok semua pun cakap aku anak abah. hehe.

abah adalah seorang pendiam. kalau marah, laaagi lah diam! abah tak reti nak romantik by words. but his act shows that he cares. itu hari masa mak sakit, abah tak ada pun tanya mak nak makan apa, mak nak air tak. tapi abah balik rumah bawak sup ayam, bila aku bangun lambat, abah siap buat kan sarapan, bancuh kan mak susu, chargekan handphone mak, sidaikan baju, masak kan nasi, buat kan lauk. huhu. abah sangat caring! tapi kadang kadang tu, bila bangun pagi pagi, abah suka bukak pintu dapur. mak selalu marah. mak kata, sejuk. tapi abah bukak jugak. terus cari Nyanyau, kucing kakak nombor tiga. nanti Nyanyau datang lah menyendeng nyendeng dekat abah. mengada!

abah suka minum kopi. kalau bancuh tu, pekaatt sangat! abah minum kopi setiap masa. abah selalu duduk dekat satu kerusi sebelah almari yang ada macam tempat letak barang. dekat situ lah abah letak mug abah yang ada kopi, rokok, tembakau, lighter, buku solat solat sunat, buku doa harian, buku untuk kutu kenduri, kunci kereta, ashtray dan sebijik radio. abah suka bukak radio Kuantan, boleh dengar ceramah setiap pukul 1.30 petang. radio orang asli pun abah dengar. bila aku tukar flyFm je, bila abah balik rumah, mesti abah tukar semula. T___T

dan selepas lebih kurang dua puluh dua tahun aku hidup dekat dunia ni, aku mengaku, baru tadi aku perhati betul betul muka abah aku. sungguh. aku perhati. bukan tengok. dah banyak sangat beza. dulu, muka tu tegang, kayak nya banyak kolagen lagi. sekarang, kedut kedut menghiasi. rambut abah pun dah putih. tak macam dulu, hitam lagi. dulu abah taf, sekarang perut muncit. tapi tak apa lah. tetap comel. tehehehe.

secara harfiah nya, aku tak boleh nak agak apa akan jadi nanti. tapi aku berharap sangat, dan aku rasa, semua pun berharap yang masing masing dapat balas budi parents masing masing kan? semoga Tuhan beri kesempatan pada aku untuk bahagiakan abah dan mak.







Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.

.
.

14 comments:

fndrocka said...

buat apelah kau blurr kan muka gadis tu..haiya..

josh said...

amin

Amal said...

Mr Fndrocka;
biar lah. hahahaha


Mr Josh;
amin.. :)

Razman said...

fndrocka, kau nak ke gambar amal yang clear nampak pipi? aku ada banyak.

Amal said...

Mr Man;
aku ni tgh belaja tak nak mencarut man. kau jangan!

Linglung said...

insyaAllah niat yang baik tu akan dimakbulkan :)

Beruwang said...

anak abah la kata kan

Anonymous said...

Mr Linglung;
(",)


Mr Beruwang;
hahahaha. uncle!

Mario said...

bagusla camtu...baru anak abah...

Amal said...

Mr Mario;
hahaha. ;p

Berd said...

teringat bapak wa.

Amal said...

Mr Berd;
hope smua parents sihat. :)

fndrocka said...

Razman...aku nak.upload lah kat fesbuk

Amal said...

Mr Fndrocka;
aku tempeleng karang!