21 July 2010

Titimangsa.

dalam life ni, banyak betul perkara yang perlu di ingat. birthday parents dan siblings, hari kau terlanggar jejaka/gadis yang kau suka dari mula minggu orientasi dekat universiti, hari kau kena rotan dengan abah kau sebab pergi curi durian Mat Bulon, hari kau kena rejected, semua tu macam kena ingat lah. orang kata, kenangan. nak letak dalam kalendar satu satu, tak dapek ler. ingat sikit sikit je pun dah kira ok lah kot.

bagi certain perempuan, tarikh tarikh dalam hidup ni macam benda yang penting sangat. dan kalau perempuan tu ada boifren, bila sampai anniversary yang kadang kadang baru dua minggu kapel pun nak cakap anniversary jugak, tup tup si boifren tak ingat, hah. siap lah kau. hadam segala bebelan, rajukan, dan segala jadahan yang dikahak kan pada kau. kihkihkih

tapi bagi aku, tak perlu ingat sangat pun tak apa jugak. i mean, birthday few people lah. sebab selalu nya fesbuk dah tolong ingatkan. tapi kot kot kawan kau tak ada fesbuk, susah jugak kan. hahaha. kalau yang betul betul rapat dengan kau, tak jadi hal lah nak ingat. tapi kalau yang tak berapa rapat tu, ada cara kau nak ingat birthday diorang. in case kau dah lama lost contact dengan one of kawan kau, tiba tiba satu hari kau dapat call dari dia. padahal kau dah lah lama tak contact dia. tengok tengok dia boleh call. dengan pakej sampai dua tiga jam bergayut. tu tak lain tak bukan, dia dapat call free untuk birthday dia.

kau dengan bangga boleh wish "happy birthday babe!"

.
.

12 comments:

deus X machina said...

lama dah gua tak jogging kat titiwangsa

farwalis said...

masa ulangtahun ke 3....bulan. awek aku bising-bising.. haha


aku suruh dia tido je. yahuuu dia merajuk! berjaya!

Mario said...

durian Mat Bulon tu best tak? sekarang tgh musim ni...menarik gak klu dapat...haha

Razman said...

dgn aza, aku kena wish setiap hari. slmt ulang hari yg ke 6 bln 29 hari! cthnye. kalau tak, dia akan pura2 merajuk. bila tak pujuk, dia akan kol.

"kenapa tak pujuk?"

dan aku dgn slumber jwb.

"sori, tertidur."

(jap lagi dia akan ngamok bila baca ni)

josh said...

apa susah nak ingat-ingat. sendiri mau ingat.

Amal said...

Mr Deus;
Alhamdulillah. kau dah kembali normal. kikiki


Mr Frwls;
hahaha. lepas tu kau jugak yang kalut nak mujuk kan?


Mr Mario;
tak masak lagi! hahaha


Mr Man;
ecececee. padahal kau yang kelam kabut nak pujuk dia nanti. hahaha


Mr Josh;
tunggu sampai kau dapat awek nanti.

Verdict said...

besday ko ke amal?

newey.. tu Dude Harlino.. obsessi aku sejak setahun yg lampau :D
aku da lama gilakan dia amal..
kahkahkah.. bole plak luah perasaan kat sini kan..

Amar Alis said...

aku memang respek dengan kaum hawa ni sebab suka ingat date2 ni.

orang laki ade ker nak nak amik tahu?
adeh, terkutuk kaum sendiri plak.

but, kadang2 ader jugak pompuan yang terlalu obses dengan date2 sampai dalam setahun dia boleh igt sampai sepuloh date. date hari keputeraan agung pun dia ingat.

pssst, date melaka jatuh ke tangan portugis pun diorang boleh igt beb.
hahaha!

Amal said...

Miss Fiq;
bukan ler. hahaha. bufday aku lambat lagi. hahaha


Mr RB;
pmpn memang macam ni. aku rasa aku patut bngga kot. hahaha.
bila ha tarikh tu?

Unknown said...

date bill clinton buat skandal dengan monica lewinsky pompuan masih bole ingat tak?

Amal said...

Mr RiesLee;
yang berkaitan dengan diri sendiri je lah cik oii. hahahaa

. said...

aku duda



hehe