19 February 2011



Aku bukan manusia biasa yang biasa-biasa. Aku manusia yang eh? Aku manusia rupanya. Hahaha. Aku biasa-biasa yang sangat biasa-biasa punya biasa. Aku tergolong dalam homosapiens tipikal-kelabu-hitam-berlubang tapi bukan lubang yang macam kau fikir tu lahanat. Aku ada lubang kosong dekat dalam bukan dekat luar. Nak masuk? Marilah. Buka kasut dulu dan basuh kaki wangi kau yang bersembur parfium.

Kau nak tau? Dunia aku khusus di bilik bawah tanah yang terus mengeram kulat-kulapuk memeluk erat komik-komik bodoh dirak buku. Malasnya nak bersihkan. Biarlah buku berbalut putih. Aku tak peduli. Aku mula fikirkan kewarasan yang makin nipis ni. Hendak ke mana segalanya bersesak-sesak berhimpit-himpit punggung bertemu punggung?

Ahhhh! Tulang belulang aku mula meretak membengkok jika aku terus terbaring tak tentu hala begini. Aku masih meletak mata pada siling, berharap satu hari nanti jika aku ambil semula dua biji mata merah itu, akan tertarik beberapa helai atau kepuk duit dolar untuk aku beli speaker paling kuat. Supaya aku tak perlu dengar bisik-bisik halus suara-suara sedap yang makan jiwa.

Kaki aku sejuk, kipas yang sentiasa terus berpusing bergerak. Kau boleh berhenti tak, kipas?!

Celakanya. Aku rasa aku makin...

Kepala aku mengecil. Plup! Eh itu bunyi tahi cecah ke dalam air dan kepala aku belum hilang lagi. Aku tunggu majisyen datang supaya hilangkan kepala aku dan nanti aku nak minta dia beberapa pertolongan untuk bantu hilangkan diri aku dari segala intrikasi kehidupan.

Berasapkan darah atau berdarahkan asap. Sama saja.

Daaaaaaan kau! Kau pergi sekarang kan? Ok thanks bai. Tapi nanti jangan kau ketuk pintu rumah aku lagi dan cakap "Kau tinggal aku, sayang." Bodohnya. Hahaha. Macam mana aku nak tinggal kalau kau yang pergi. Aku ada saja disini, tolol. Cuma aku dah malas nak beri kau masuk macam biasa. Eh, aku bercakap dengan kau yang kau, bukan 'KAU' yang KAU. Tapi, apa bezanya kan? Masing-masing pun berbulu di dagu dan sudah mula tumbuh selepas dua tiga hari cukur dan kerap berak.

Jadi aku disini masih seperti hari-hari biasa sebelum kebiasaan membiasakan aku supaya aku menjadi lebih tipikal, lebih naif, lebih jahanam. Dan aku akan terus tarik nafas panjang-panjang, bersandar dekat sudut bilik sejuk ini, melihat rambut-rambut kusut masai dan berfikir sehalus mana jika ia dibelah tujuh, sambil melambai kau pergi.

"Bai, sayang."

14 comments:

josh said...

kahkahkah. aku tak paham. menyesal aku baca.

- koroe - said...

langsung tak paham apa yang nak disampaikan.

tapi aku suka baca blog yang aku tak paham. aku baca bersungguh sungguh sebab nak paham tapi tak paham jugak.

Amal said...

@josh;
siot kan? dah lah tak paham. lepas tu cakap menyesal pulak. aku tak pulangkan pendrive kau karang.


@koroe;
aku mencari seseorang yang boleh paham apa aku tulis. ececee

Anonymous said...

tulis bkn tuk difahami cuma nak lepas lelah kt hati haha

amal said...

cool ieman.

Anonymous said...

eh? tak paham. macam samy vellu.

Amal said...

@tiniey;
fucker apa macam samivelu. kau lah. hahaha

Anonymous said...

bab berak tu mcm biasa..
mmg feveret amal ...

phm sgt ak..

-org RTM-

syed hafeez said...

amboi

paizhassan said...

Hi amal. Kemain lagi now.

paizhassan said...

Hi amal. Kemain lagi now.

paizhassan said...

Hi amal. Kemain lagi now.

Amal said...

@pyol;
kau komen bebaik sikit. lempang kang.

@syed;
eh abang!

Amal said...

@paiz;
hai paiz. kemain lagi ye komen sampai tiga.