Ini untuk kau dan aku tak perlu biarkan siapa-siapa cuba tukar kau kepada mereka.
"SELAMAT DATANG KE RUMAH KEBAJIKAN MASYARAKAT" Ini bukan penghasilan ayat-ayat yang terbentuk dari alfabet-alfabet yang akan kau jumpa dekat tubuh badan aku walau kau cuba cari di celah paling sulit sekalipun. Aku bukan mana-mana tempat untuk pembuangan simpati besar-besaran. Jadi jangan pakaikan diri kau dengan topeng kasihan dan menyamar menjadi saikiateris untuk faham apa yang aku rasa. Kalau kau dengan baik hati membawa buah durian untuk dijadikan buah tangan ketika menghampiri aku, lupakan. Aku tak perlukan untuk sekadar membuatkan aku kenyang dan badan panas selama tujuh belas seken.
Kau tau tak? Aku sudah tak punya kekuatan untuk bina tembok yang lebih tinggi. Jujurnya, aku tak pernah harapkan tangan kau untuk pegang tubuh badan aku dan ikatkan pada tiang paling kukuh semata-mata tak mau aku jatuh. Kerana harfiahnya, aku mahukan tangan kau itu menjadi tiang tempat aku diikat.
Tangan kau. Kau sahaja.
Happy valen-fucking-tine day, sayang.
5 comments:
owh aku gelak sbb yg ayat bawah tu..
Happy valen-fucking-tine day, sayang. hehehe
Happy valen-fucking-tine day too sayang
sayang itu siapa? :p
ucapan paling perlu ada balls.
Ieman & juliam;
alah janganlah ucap dekat aku. :D
@arieza;
it's you. <3
Post a Comment