11 February 2011



Kalau ditakdirkan untuk satu hari tu aku akan mampu menulis sehingga tiga empat cerita paling sial, boleh jadi aku akan jadi macam orang terus bodoh dalam dua tiga hari akan datang kemudiannya. Mungkin kerana segalanya sudah dikeluarkan dulu jadi yang tinggal cuma ulat-ulat putih bergelimpangan atas kepala, tunggu mati, atau bermetamorfosis jadi rama-rama. Biarkan rama-rama terbang. Jangan kau kejar, nanti dia lari makin jauh. Kau biarkan dia terus terbang hinggap dekat bahu, dan kau tepuklah dia sekali tepuk dan dia akan mati.

Dia akan mati, macam kau.

Sama macam kau makan aiskrim. Kau akan terus jilat laju-laju sebab taknak ada setan lain yang jilat aiskrim tu walaupun kau makan tanpa basmalah. Tapi kalau tak ada aiskrim untuk kau jilat, kau akan terus biarkan setan-setan buas yang tak pernah ada perkataan CUKUP untuk layangkan lidah-lidah kotor menggerutu dekat setiap bucu tubuh kau yang berkudis.

Walaupun aku tak tau apa persamaannya, tapi masih ada sinonim segala.

Kau itu aku jika aku bukan sebenar-benarnya kau.

3 comments:

asip محمد said...

malaslah nak komen.. serius malas nak komen.. kah3

Anonymous said...

asip ni mls nak komen tp dia komen gak..pelik aku

mario dah malas... said...

cuba nak faham,,,,errr...rasanya dah faham dah...cuma tak pasti...but i hope u ok jela eh...