12 May 2011

burp II

Balik kerja hari ini, yang ada hanya lauk sayur, itupun baki makanan tengahari tadi. Ikan goreng dah habis. Yang tinggal hanya ikan yang sudah berasam garam dan kunyit yang masih belum bergoreng. Tapi itu pun dalam freezer. Macam mana nak goreng dalam keadaan beku gitu? Nasib baik mak sempat keluarkan ikan tu sepuluh minit sebelum aku sampai dekat rumah. Jadi bila aku dah ada dekat dapur, takkan aku nak suruh mak pula yang gorengkan ikan kan? Halah setakat goreng ikan apalah sangat. *angkat kening*

Dan aku mengeluh.

Baru kerja kedai, balik kena masak pula padahal goreng ikan je pun, aku dah mula rasa penat. Macam mana lah mak dulu dengan anak kecil, pergi kerja pagi-pagi. Balik petang nak uruskan anak-anak lagi, nak kemas rumah lagi, masak lagi. Sikit pun mak aku tak merungut, membebel tu normal lah. Aku yang balik dari kerja melepak ni pun, kena goreng ikan sikit dah rasa penat.

Tak jadilah nak kahwin macam ni.

5 comments:

Nveil said...

nanti bila kau dah sampai tahap tu, kau dah tak rasa nak merungut. naluri tu datang sendiri. cewahh.

eh amal? kau dah tak aktif twitter?

Unknown said...

aku setuju dengan komen di atas.
bila kau dah kawen dan dah jadi bini orang kau takkan rase penat buat benda2 tu. mungkin sebab berlaku perubahan hormon bila dah berdua. tenaga pun jadi lain macam kuat jer. haha.

Amal said...

nveil, hahaha. masa tu belum sampai lagi kot. eh eh kau ada folo tuiter aku eh? yang lama aku dah delete. sekarang ada yg baru. ;p


rieslee, aku ingat nak suruh laki aku buat semua kerja lah. okey tak? lelaki kan kuat?

Nveil said...

padanlah lama tak nampak. haha. aku nak!

Amal said...

nveil, nama yang sama. amal hamsan.