Aku ni sebenarnya makhluk paling pemalas dalam dunia. Okey mungkin ada lagi yang lagi malas dari aku, tapi sungguh, aku ni memang pemalas. Sebab tu aku suka dapat kerja dekat kedai yang aku kerja sekarang. Duduk saja, online. Kalau ada customer atau barang baru sampai, baru aku angkat bontot dan mula bergerak. Kalau tak memang aku duduk bersila atas kerusi dan tangan mengklik-klik sahaja.
Best. Sumpah best.
Tapi sebenarnya tak adalah best sangat bila ada beberapa orang yang pandang kerja aku ni macam sampah sangat. 'Eh kau bukan masuk U ke dulu, kenapa kerja kedai?' ataupun 'Kau dulu kemain lagi pandai dekat sekolah. Sekarang?'
Aku ni pesen tak pedulikan apa orang kata. Lantak anda lah nak cakap apa pun. Tapi bila terserempak bekas pengajar dahulu dan dia pun ada menyatakan kenyataan seperti yang di atas, rasa nak berpura-pura terlanggar beliau pun ada juga.
-____-"
8 comments:
jgn ambik sgt pandangan mcm tu
eh dah tukar nama pulak rozami ni. haha. somehow, jiwa sebelah perempuan aku ni, berfungsi jugak. :D
aku lagi pemalas.
okey aku kedua pemalas lah kiranya. aku rajin tidur sikit.
aku pun kena marah dengan org keliling sbb tolak better offer yg aku dpt. aku siap nyatakan dah tak minat nak sambung belajar. sbb future kan kita patut pilih sendiri. mcm skrg, aku ambil pekerjaan yg brisiko. sama ada berjaya yg mengagumkan atau akan gagal segagalnya. tp peduli apa, kalau jatuh pun, bangun semula sudah la. tak perlu peduli apa orang kata. tgk, kemain pnjg aku komen, padahal nak cakap, jangan peduli mulut org je.
JB;
hahaha. biasalah kau ni. cerita pasal herdik orang pun melalut sampai ke lipas kan? haha
patutlaa.. aku tggu kau tau.. rindu tahu.. haha
asip;
tehehhe. ha ah. tak terreply lagi email kau. :D
Post a Comment