Hari Bapa kan Ahad itu hari?
Jujurnya aku terlupa walaupun aku semangat gila tukar profile picture dekat FB dengan abah masa bulan lima. Nasib baik aku tengok iklan tivi. Dulu masa darjah tiga, aku pernah bagi sekotak Dunhill siap balut dengan kertas warna pink pekat. Dunhill 20 masa tu baru tiga ringgit lebih. Mampu lagilah tabung aku tu nak tampung harga sekotak rokok kesukaan abah tu. Walaupun mak jeling marah sebab aku bagi hadiah rokok dekat abah, tapi aku tak peduli, yang penting abah aku gembira. Kan kan kann?
Tapi dah besar ni tak tau dah nak belikan apa.
Awal tahun hari tu, masa aku masih duduk bersenang lenang dekat rumah, sekarang pun senang lenang lagi, abah demam. Abah ni pesen kerja yang banyak kerah tenaga. Masa muda-muda dulu, abah kerja sawah. Bila pindah ke Pahang, abah jadi peneroka. Ngangkut sawit tetiap hari. Bila pekerja Indonesia dah ambil alih, abah apply kerja pekebun dekat sekolah. Paling gembira, akulah. Sebab abah ada dengan aku setiap hari. Orang lain, tak ada. Okey sambung dekat part abah demam tu. Disebabkan terbiasa bekerja, abah tak betah duduk rumah. Tu yang abah pergi jadi jaga dekat koperasi felda jengka aku. Bila dah demam tu pun, abah nak juga kerja. Aku dengan mak puas duk paksa, cuti lah, cuti lah. Tapi abah degil. Dan baru aku faham dari mana sifat degil aku ni datang.
Demam abah tu tak kebah pun dalam masa seminggu. Aku cuak. Dah lah ajak abah pergi klinik, dari awal-awal dah ditentang hebat oleh abah. Tapi nak tak nak, aku tarik abah bawa masuk kereta, pergi cek doktor. Tuptup, doktor kabor abah ada kencing manis. Sampai tak boleh baca pula tu berapa kencing manis abah. Kalau ikutkan memang kena duduk wad, tapi abah tak nak. Jadi doktor bagi ubat dan suruh datang balik seminggu lepas tu.
Seminggu, aku jaga abah yang langsung tak nak makan. Badan abah yang chubby buncit buncit comel tu terus kurus kering. Memang keping sangat. Tiap kali aku nak bagi abah makan, dan bila abah cakap abah tak nak, aku ketap bibir kuat-kuat sebab aku tak nak nangis depan abah. Aku menangis sebab tak sanggup tengok abah kurus sangat, terbaring tak larat nak bangun. Susah hati tau.
Dua minggu, kencing manis abah mula turun. Tapi abah tetap tak ada selera nak makan. Kalau tiba-tiba abah cakap nak makan tomyam, cepat-cepat aku buatkan. Eh tak. Mak aku lah yang buat. Aku tolong suapkan je sebab kalau dengan orang lain, abah tak nak makan. Dengan aku, aku paksa. Biorlah abah nak marah ke apa ke, janji abah makan sikit. Dekat sebulan tengok abah sakit gitu, bodohlah kalau aku tak risau, tak fikir sebarang kemungkinan kan. Tapi Alhamdulillah. Abah dah beransur pulih dan sekarang, abah sihat dan buncit seperti dulu. ^^
Abah dah 64 tahun. Tua kan? Aku selalu doakan mak dan abah panjang umur. Tapi dalam usia macam ni, aku tau yang aku kena bersedia untuk apa-apa yang bakal terjadi. Aku tak minta, tapi semua orang akan mengalami perkara yang sama kan? Jadi aku terima segala keputusan abah yang tak mahu aku keluar dari Pahang, terus duduk dekat rumah ni sehinggalah sampai waktu yang sesuai. Yelah. Aku tak nak satu hari nanti aku menyesal.
Jadi, Selamat Hari Bapa, bah.

8 comments:
Adeh. Mengalir air mata :')
Jaga Abah kau elok2.
Jangan menyesal di kemudian hari..
sedih dowh lina.. ko ni, mmg anak ayah. ko suap pun dia nak. hehhe
selama mana abah hidup.. jagalah hati dia..
Terima kasih sayang2 sekalian. :)
:)
Kau betul2 baik ngan ayah kau, aku kagum..
Take care syg :)
best citer ni.sinopsis movie ke?
ok,ok..jangan lempang aku.
you too maira. :)
@amalina;
jumpa, kena.
Post a Comment