Harith, si kanak-kanak empat tahun yang pandai bergaya itu makin kerap datang ke kedai menemani aku setiap malam. Ah bukan teman aku pun. Dia tak habis-habis nak tengok dia punya Upin Ipin tu. Dari bateri hijau, sampai bateri merah lepas tu terus padam, dia pegang lah fon aku. Sampai berbaring-baringan dekat kedai.
Jadi seperti hari-hari mendung yang lain, selepas maghrib, Harith datang dengan ayat "Tadi saya makan kuey tiaw goreng dengan tepung goreng sotong." Bila aku nak, dia jawab, "ala kedai Harith dah nak tutup lah." -_-
Aku biarkan Harith melayan Upin Ipinnya. Aku sambung baca Mangga. Sedap juga tengok lelaki muda berposing dekat tepi kolam basah-basah kannn. Tiba-tiba Harith ketuk lutut aku beberapa kali. Aku tanya lah kenapa. Lepas tu Harith jawab dengan memberi salam. Aku pun kerutkan kening aku. Apahal budak ni.
"Saya kan tengah ketuk pintu ni. Awak kenalah jawab salam saya bagi tu." -Harith.
8 comments:
hahaha
comel pulak si harith tu.
tau pulak budak ni ketuk lutut tak sakit.
alahai....cair aku..
kalau kau adalah seorang lelaki dan Harith ketuk lutut kau ketika kau sedang baca majalah Mangga, aku akan fikir Harith itu seorang kanak-kanak yang bijak.
jerry;
i'm not that gay. eceh!
harith tu kanak2 lagi.. dia terpengaruh dengan cerita upin ipin la gamaknya tu.. kah3
Asippppp!! kau dekat mana? melaka jom!
Post a Comment