Dua Jun yang lepas, ayah kepada kawan baik aku meninggal. Ni bukan kawan baik yang BFF apa jadah tu. Ni betul-betul kawan baik yang pernah bergaduh dan bercemolot dua saat selepas bergaduh. Serius.
Aku tak pernah rasa apa yang dia dah rasa sekarang. Tapi bila tengok dia duduk baca Yaasin sorang-sorang dekat sebelah jenazah, tanpa ada kawan dekat sebelah, hati aku luluh. Dan bila tengok sekarang ni dia boleh ketawa-ketawa, aku rasa hairan. Jadi aku tanya dia, apa dia rasa sebenarnya. Yelah. Selalunya kalau one of our family meninggal, mesti kita rasa macam down kan. Tapi kawan aku jawab gini;
"Rasa sedih tu memanglah ada. Tapi aku fikir macam ni jelah. Ayah aku pergi dulu, sebab dekat sana nanti dia nak siapkan rumah banglo untuk mak aku, abang aku, adik aku dan untuk aku. Lagipun, ustaz ada cakap, roh orang mati kan boleh balik. Aku taknak kalau ayah aku balik, tengok aku sedih. Nanti mesti ayah aku lagi sedih. Tak apa. Satu hari nanti, kau akan faham apa aku rasa."
Tak ada istilah bersedia atau tak untuk lepaskan orang yang kita sayang pergi. Kan? Aku tak rasa aku kuat. Tapi sekurang-kurangnya, aku harap dia akan ada dekat sebelah aku kalau tiba-tiba aku dah tak larat nak berdiri nanti.
4 comments:
ada sesorang cite kat aku semalam..dia nampak kakak dia yang dah meninggal balik rumah selepas beberapa bulan kakak dia meninggal.kakak dia cakap,"buat apa menangis?bodo je menangis."
dia kata, dia sangat pasti itu kakak dia.
siapa yg x sedih bila org yg kte syg meninggal kan.
papepun,
Alfatihah.
betol kawan ko cakap
aku pernah rasa
adik aku yang meninggal sebab lahir tak cukup bulan dulu pun aku dah sedih gila. bagus cakap kawan kau tu.
Post a Comment