Jujurnya, aku tak ada asas dalam menulis.
Cerita pertama yang aku buat, selain dari karangan di sekolah, ialah ketika aku belasan tahun. Empat belas tahun agaknya waktu itu. Dan cerita aku, yang aku harap dapat aku habiskan dan karya itu diterbitkan menjadi satu novel best seller, adalah hasil dari pengaruh novel-novel yang ada di pasaran ketika itu. Jalan ceritanya lebih kurang begini; ada satu gadis berperwatakan lelaki yang membenci lelaki kerana pernah didera pakciknya, dan kemudian terjatuh cinta pada seorang pelajar lelaki yang baru berpindah ke sekolahnya. Dengan konflik itu dan ini, gadis tadi menjadi perempuan sejati, dan berjaya mengahwini lelaki kesukaannya, dan berkahwin, dan happily ever after.
Dan cerita-cerita yang aku tulis tanpa pernah aku siapkan, basically menggunakan idea cinta yang mula-mula benci, lepas tu jatuh hati. Jadi apabila aku terjumpa semula, dan aku baca, aku akan muntah tanpa henti. Geli.
Apabila tahun bertambah, dan umur aku bukan lagi angka satu yang menguasai di hadapannya, aku mula lebih serius menulis. Blogger.com, terima kasih. Aku ada satu blog untuk novel, yang Alhamdulillah, settle satu novel (makan masa tiga empat tahun juga). Kalau nak baca, di SINI. Ini novel tipikal yang biasa-biasa. Jangan harapkan yang lebih-lebih, kerana jalan ceritanya adalah dari penghidupan aku sendiri. Tiada yang luar biasa.
10 Disember 2011, ketika buku Heroin keluar, aku terbaca macam-macam ulasan. Seperti INI, INI, INI, dan INI juga dan lain-lain yang aku tak sempat nak copy linknya untuk letak di sini.
Macam mana aku nak cakap yang sebenarnya, aku sendiri terkejut baca komen yang tersedia. Sebab aku rasa, ketika aku menulis, aku langsung tidak berfikir apa-apa. Aku hanya mengalirkan idea yang ada. Yang kebanyakan mereka berkata, semua mengenai kematian.
Kematian pada watak, dan untuk aku, itu semua kematian jiwa. Kerana aku betul-betul jatuh terpenyek waktu itu. Dan mungkin kerana itu, aku tak dapat nak berfikir apa-apa. Tapi sumpah, nak menangis juga bila aku baca semua yang bagi ulasan tentang Heroin. Tak tahu nak cakap apa dah selain dari Terima Kasih.
Terima kasih, sayang-sayang.
13 comments:
baguslah akhirnya kau sedar yang memang bakal jadi penulis hebak
terbang tinggi si burung camar
tinggi lagi menara KLCC
menulis perlu semangat kekar
tengok amal memang ada ciri-ciri
*sorilah, pantun aku takleh masuk pertandingan pantun antara kindergarden.
teruskan amal . akan sentiasa menyokong anda dan penulisan anda :)
Haa.. Dah terbukak pasal Heroin ni kan, aku nak tau la. Apa yang jadi sebenarnya dekat karakter alias dalam 'once' .. apa yang jadi sebenarnya?
kau heroin itu.salam perkenalan
aku suka cerita-cerita kau. ohsem!
kau punya identiti penulisan tersendiri dan cerita2 kau dalam Heroin punya momentum yang bikin pembaca terkesan. aku suka. teruskan Amal. :)
aku paling sedih bila baca pasal jasmin..kesian jasmin tak pernah kenal bahgia.
Ghost,
Hahaha aku cuma mampu mengaminkan pasal bakat tu. :D
btw, aku pernah masuk pertandingan pantun, darjah tiga dekat sekolah agama. Menang rasanya. Kakakaka
Klanika,
Mai ada mesej pasal kau. Hahaha terima kasih ye. :)
Hadira,
Hahaha terima kasih. :)
Hana,
Ah kau pun power! Hahaha terima kasih Hana. :)
Aku,
Haha macam mana nak bagitau ye. Sebab pada aku, Alias cuma hilang. Tapi depends dekat pembaca nak bayangkan habisnya watak dia bagaimana. :D
Syf,
Salam perkenalan. :)
Ana,
setiap orang, jalan cerita dia berbeza-beza kan? tak bahagia dekat dunia, insyaAllah dekat sana, bahagia. :)
Takde Heroin tu, tak dapatlah aku jadi kawan kau tahun lepas sampai skrng. Nampak tak permainan dia kat situ? Haha.
*tahniah Mal*
:D
setiap org ada cerita tapi tak smua boleh bercerita...
Amal, mohon buat buku baru cepat cepat :)
Yaya,
hahaha nak cium kau!
Mario,
ya, setuju! :D
Pareh,
hahaha penat jugak nak kerah idea ni.
Post a Comment