Pernah berborak dengan orang yang tak dikenali kan? Aku khusus kan di alam siber. Pasti pernah. Disapa bila-bila masa saja. Semua orang jadi berani kerana ketika berkata itu, tiada mata perlu diteroka.
Aku, aku punya rasa yang tidak senang sedikit bila diajak berbual dengan yang entah siapa-siapa. Mereka yang di luar kotak kehidupan aku. Jadi aku sedapkan hati dengan meng-haha-kan setiap ayat yang terkeluar dari jari. Bukan tiada rasa serius, tapi entah, aku senang dengan ketawa di hujung ayat. Aku rasa itu lebih mesra.
Dan aku rasa, sangat celaka apabila itu kali pertama kau dan orang yang tidak dikenali berkomunikasi, dia sudah berani baling tahi, perangai sudah mula persis babi.
4 comments:
sabar2...kehkehkeh...
aku rasa aku adalah orang yang agak sukar untuk berbual dengan orang yang pertama kali kenal. di alam maya ataupun di luar. kekok. mungkin kau patut bersikap sombong sedikit. :)
Naqib;
sedang berusaha. tapi macam tak menjadi. haha
Hana;
sebab dah pernah dicop sombong, jadi aku cuba bermesra. tengok-tengok, macam haram. haha
memang kurang sopan betul awal perkenalan dah nak melumur tahi. jauhi dia awal-awal amal.
p/s: dah baca ketakutan . paranormal :)
Post a Comment