15 October 2012

How To Say Goodbye.


Aku rasa kau akan baca ini, sebab tu aku tulis dekat sini saja. Ya, nampak macam tak patut, tapi aku rasa buat masa sekarang, aku tak boleh nak berhadapan dengan kau. Dan aku rasa ini cara yang terbaik, pada aku.

Aku tak pasti kau faham atau tidak ketika aku beritahu kau yang aku mahu kan masa. Masa untuk aku cuba tenangkan apa yang berserabut, masa untuk aku cuba relaikan apa yang terkusut. Dan aku tak dapat apa yang aku nak. Masa itu, langsung tak tersedia untuk aku.

Sebelum ini, aku cukup yakin kau dapat faham aku seratus peratus. Well at least, pada aku. Dan sememangnya kau dan aku tak pernah sekali pun bertelingkah. Kan? Jadi mungkin itu yang meyakinkan aku yang aku dan kau, boleh pergi. Tapi bila benda macam ni jadi, aku, secara seratus peratus juga, tiba-tiba macam dah tak kenal lagi siapa kau sebenarnya. Sebab kau macam lain betul dengan kau yang sebelum ini.

Dah dua kali kau ulang perkara yang sama. Dua kali itu, ketika aku masih berfikir macam mana untuk tolak tepi apa yang terjadi dan senyum semula macam biasa. Dua kali itu, yang kau tak pernah bagi aku kesempatan.

Jadi aku rasa kau tak perlu ulang untuk kali yang ketiga. Kau boleh teruskan dengan apa yang kau sendiri tetapkan. Aku rasa aku tak perlu kata apa-apa lagi. Sebab aku tak yakin kau boleh dengar, kau boleh faham, dan kau boleh terima.

Untuk segalanya, terima kasih.