11 December 2012
Oh Dinosor Lagi
Tadi aku saja search nama sendiri dekat Google. Macam lahanat. Kahkah. Tapi ada juga aku jumpa beberapa rekod. Dan aku terjumpa satu blog. Blog kawan aku. Kawan baik aku. Entri dia ni dah lama. Dia cerita macam mana dia terkejut dan terbangga bilamana satu cerpen yang pernah aku buat (dalam antologi Kopi terbitan Fixi), akan difilempendekkan. Waktu itu awal tahun ini kalau tak salah aku. Benda tak power mana pun. Tapi aku rasa terkesan apabila dia macam support aku gila babi walaupun dia tak datang masa launch. Pui.
Aku rindu dia sebenarnya. Dia tak baca blog aku dah kot, mungkin. Dia maybe terlalu sibuk dengan aktiviti dia. Aku dan dia pun dah jarang contact. Mungkin, mungkin kawan baik memang kurang berhubungan, agaknya. Hampir kesemua kawan baik aku, jarang sangat muncul sebagai penghantar mesej dekat telefon aku. Mungkin kerana aku sendiri tak bertanya khabar kerana bimbangkan mengganggu dorang, jadi dorang pun mungkin berfikiran seperti itu. Entah.
Entah.
But I miss him.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku sama pendapat dgn hang."kawan baik jarang berhubung"
main rindu rindu dari kejauhan itu sweet tau.kahkah
Aku pun ko tak mesej.
Sedih.
Post a Comment