21 December 2012

Phew

Ceritanya begini.

Sepanjang hari ini, kepala aku pusing pusing. Apasal entah. Balik dari tukar tayar dekat Temerloh tadi, hujan lebat kemain. Aku maintain handle steering guna siku. Power la konon nya.

Sampai dekat satu jalan berliku, kereta depan aku macam lari sikit dari jalan yang lurus. Aku peliklah apasal. Rupanya ada lembu besar yang ada bonggol warna hitam tu nak melintas jalan. Celaka hujan lebat gitu mana aku nak nampak. Dalam tiga meter jarak kereta dengan lembu, aku tekan brek sambil pasrah menyondol lembu.Dari tuju ke gaung, elok tuju ke lembu.

Tapi Allah sayang aku mak dan abah. Lembu tu berhenti bergerak.Aku sempat elak. Dan dapat tulis entri ni.

Hari Jumaat yang mulia ni. 21/12/12, Tuhan masih panjangkan umur aku dan mak abah untuk terus beribadat kepadaNya.

Terima kasih, Tuhan. xoxo

2 comments:

AdinataGus said...

Hahaha nice idea.Nasib baik kau power pakai siku.Aku lutut je :)

Amal said...

nice idea?