11 May 2011


Sejak aku dihadiahkan bilik tidur bersama dua orang lagi kakak, aku dah jarang benar tidur dengan mak. Dan bertahun-tahun kemudian, lepas abah beri satu bilik kosong yang abah cat warna hijau cerah walaupun aku berkeras mahu kan warna merah hati tapi cepat-cepat aku setuju dengan warna hijau itu sebelum di backhand abah, aku langsung tak pernah tidur dengan mak lagi.Sungguh.

Tak tau kenapa, setiap kali aku pulang bercuti *ketika masih bergelar student*, kalau mak ajak tidur dengan mak (mungkin masa tu mak merajuk dengan abah. hew hew hew), aku tetap berdegil untuk tidur sendiri dalam bilik hijau itu.

Kalau ada siapa-siapa yang perasan, aku boleh bercerita secara terperinci perihal abah, dan jika diperhatikan dalam blog ini sendiri, lebih banyak kisah abah, berbanding dengan mak. Mungkin sejak dari kecil, sentiasa ada jurang antara aku dengan mak, menyebabkan aku rasa sedikit janggal untuk lebih rapat dengan mak. Seperti kanak-kanak lain, aku dibesarkan hampir sempurna. Namun, disebabkan perangai kami adik beradik yang sangat berbeza, jadi cara mendidik pun berbeza. Tiada istilah Pilih Kasih.

Kakak yang di atas aku, jenis rebel orangnya. Makin ditegur, makin syaitan perangainya. *mampus aku kalau kakak aku baca.* Berbanding dengan aku yang hundred percent comel, innesen, dan sentiasa mengikut kata. Ok tak. Aku jenis degil juga. Setakat getah paip, hanger besi, penyapu bulu ayam, dan apa saja yang sempat mak capai, bukan lagi bendasing yang melekat dekat bontot, tangan, dan betis aku. Dah kena belasah tu, apa lagi, aku menangislah seperti kanak-kanak comel yang lain tapi for sure lah aku paling comel, dan mak akan datang pujuk semula. Mak cakap, mak tak marah aku, tapi mak marah benda jahat dalam badan aku, mak pukul supaya benda tu keluar, supaya aku lebih comel. Kah kah. Dan lepas kena bantai tu, aku pun tunduk, mendengar kata. Tapi cuba lah jentik kakak aku tu, mau merajuk sampai Wawasan 2020 nanti. Itu pun kalau dia merajuk. Kalau dia lari ikut jejaka Lombok macam mana?

Benda ni jadi ketika aku masih kecil dan comel. Jadi sedikit sebanyak, emosi aku tersentuh, terasa di pilih kasih kan. Kenapa dengan aku, mak berkeras? Tapi dengan kakak, mak berlembut. Bila dah besar, baru aku paham. Tapi tetap aku rasa ada sikit jurang jugak.

Dan malam tadi, aku tidur dengan mak, setelah bertahun-tahun aku tidur dengan ThomYorke.

Mak tidur lena. Dua ulas bibir tua itu *ayat novel* macam tengah senyum. Manis. Hidung mak, tak macam hidung aku yang mewarisi gen abah. Kedutan dekat mata mak makin banyak. Lepas ni kena sarankan mak guna Olay Regenerist lah. Dan rambut mak, dah banyak yang putih-putih. Mak dah enam puluh dua tahun ni.

Sebagai anak yang berjaya dipengaruhi Lucifer, aku tetap berdoa supaya Tuhan beri aku kesempatan untuk aku berpeluang menggembirakan mak dan abah. Sebab aku pernah terbaca dekat tivi;

"Dan ketika tertutup sudah mata ibumu, maka hilanglah satu lagi keberkatan di sisi Allah, doa seorang ibu."

9 comments:

asip محمد said...

akhirnya sebuah entri pasal mak amal.. yg aku dah lama tggu.. asyik2 abah.. asyik2 abah.. "gua nak julia miksomaktoksis" asipbudakbaik

Amal said...

@asip;
nasib baik kau jauh kat padang. tak dapat aku nak lempang. julia julia julia!

Anonymous said...

darah muda, mak gua pn garang dedulu.. tp sebab mak gua garang lah, gua jadi jelita.. ehh ehh.. apa kaitan?

izas said...

terharu aku baca. nak mak jugak! ;(

Husna Hadzarami said...

bencilah kau, buat aku bergenang air mata pulak! :'(

aku suka tengok muka mak aku masa tidur, kadang-kadang sampai sebak dada. anyway dapat pahala tau kalau kita memandang wajah ibu kita dengan penuh kasih sayang..

rindu la pulak Mama :(

Anonymous said...

entri kau ni buat aku meremang. dem.

Amal said...

@pistachio;
ehem. hai si jelita. *kenyit*


@izas;
eh kau jauh. heuheuheu


@husna;
hahah. balik la rumah. ;p


@lailaAsyikinBalqisTiaraJakelina;
jumaat ni kau balik selayang!

josh said...

syurga kat bawah telapak kaki mak. Anak yang baik ialah anak yang tidak mengabaikan hak2 mak dia walaupun mak dia seorang kufur.

makwe joni said...

yes! ending tu aku tak dapat nak deny dah