Boleh ke kalau aku nak kata aku kurang bernasib baik dalam berkawan?
Aku tak tahu silap aku apa, tapi aku dah hilang beberapa kawan baik dua tiga tahun kebelakangan ni. Yang aku sangat pasti, tak kira berapa lama kau dah kenal dengan seseorang, itu tak menjamin apa-apa.
Aku ada kawan yang aku sangat rapat dengan dia, kami baik dari 2009, sangat rapat, luah semua bersama. Tiba-tiba senyap macam tu saja. Tahu tahu aku kena remove (block unblock) dari twitter dia. Hahaha danke!
Dan seorang lagi, kawan dari form 2. Dari form 2 weh. Aku baru kena block hari ni. Kena block di whatsapp, facebook dan ig. Isu ni bermula bila dia dan kawan lagi seorang bahan aku. Aku ok kena bahan, tapi berpada-pada la. Ingat kita ni batu ke tak ada perasaan? Batu pun lama-lama boleh terhakis ye kalau asyik kena titik dengan air. So bila aku terasa dengan lawak kasar dorang, aku senyap. Sebab kalau aku balas, it wont be pretty. Aku tahu sebab aku susah nak mengalah, dan yang seorang ni suka nak menang. Jadi aku mengalah. Untuk hubungan daripada umur 14 tahun.
Dan tak sangka, kesenyapan aku disalah ertikan. Dia mesej aku personal with a warning "Just nak ingatkan, kau yang mulakan tak nak cakap dengan aku. Tq."
Like seriously?
Aku kena bahan. Kena kutuk. Kena cakap macam-macam. Aku senyap. Tapi aku salah?
Dan dia left semua group. Dan dia block aku di semua socmed.
Dan kawan aku lagi seorang kata, "Teruk sangat ke kitorang cakap itu hari sampai kau tak nak kawan dengan kitorang dah?"
Guys, seriously?
Baru sekali aku tak balas mesej dorang. Aku baru diam sekejap. Aku senyap sebab aku sentap orang cakap aku macam-macam. Aku senyap sebab nak bagi aku tenang. Aku senyap sebab aku nak jaga perasaan sendiri. Tapi aku salah?
Dorang boleh buat apa dorang suka. Dorang boleh kata apa dorang nak. Tapi bila aku buat apa aku nak, aku kena block, aku yang dikatakan taknak berkawan dah?
Apa jenis bullshit ni? Kahkahkah. Ketawa besar juga aku.
Disebabkan aku pun dah 30, rasa malas nak fikir benda-benda yang buat aku pening. Jadi, aku putuskan mudah. Siapa nak berkawan dengan aku, you are always welcome. Tapi kalau tak mahu kawan, aku sentiasa doakan kamu semua bahagia. Itu saja.
Aku rasa aku tak bernasib baik dalam berkawan. Tapi ketika menulis post ini, aku tetap rasa bersyukur sebab masih ada kawan yang sayang aku, dan yang aku sayang mereka.
You know who you are.
No comments:
Post a Comment