05 November 2018

Imigresen Part I

Awal Julai itu hari, masa tu aku baru balik kerja. Lebih kurang jam 5.45 kot, tetiba aku dapat text dekat phone.

RM0.00 SPA: ANDA DIJEMPUT PEMERIKSAAN FIZIKAL PEN. PENGUASA IMIGRESEN GRED KP29.LAYARI www.spa.gov.my ATAU EMEL ANDA UTK MAKLUMAT LANJUT.T.KASIH.

Terkejut nok. Puas aku fikir bila masa aku apply job ni? Lepas tu aku teringat aku ada pass resume dekat member yang kerja dekat Perbadanan Putrajaya. Aku fikir, maybe dia ada selit-selit resume aku dekat mana-mana kot. So bila aku tanya dia, katanya bukan dia. Yelah ini kan SPA, takkan pula sesenang tu nak selit resume aku kan?

Disebabkan aku tak pernah hadap ujian fizikal, aku pun pergilah interview ni. Bukan senang kan nak dapatkan interview government ni.

Ujian Fizikal tu tengah bulan Julai, di Kuantan, dekat dewan bomba. Start awal pagi, dalam 7.30am, semua berkumpul dalam dewan. Semua kena jawab ujian psikometrik dulu. Kalau tak silap ada lebih kurang 120 orang kot masa tu, dibahagi kepada dua kumpulan, A dan B. Aku kumpulan A. Bila settle ujian psikometrik, pegawai imigresen panggil 10 orang daripada kumpulan A dan B, nak mulakan ujian. Disebabkan aku daftar awal, aku masuklah dulu dengan lagi 9 orang.

Mula-mula nak kira BMI. Timbang berat, ukur tinggi. Untuk perempuan, berat minimum 46kg, tinggi minimum 154cm kalau tak silap. Lupoo. BMI tak boleh lebih 25. Alhamdulillah aku lepas.

Kemudian tunggu dekat sejam lebih, baru dipanggil lagi untuk next ujian. Kali ni, dia check parut dekat badan. Kena selak seluar sampai lutut, lengan baju sampai lebih siku. Ada seorang peg lelaki masa ni. Tapi entah la ye, aku pun tak cakap pun "aurat, tak boleh tunjuk", dok ngikut je arahan pegawai tu. Hm...

Lepas check parut tu, sebab nak make sure tak ada kesan accident la, bukan apa pun. So kitorang kena berjalan. Masa ni kena cover lah. Tak boleh bongkok, tak boleh melenggang sangat. Time berjalan ni sambil berkawad, pegawai boleh detect kaki panjang sebelah walaupun kita tak perasan selama ni. So ada dua tiga orang daripada 10 orang ni tak lepas level ni, sebab kaki tak sama panjang, atau tangan bengkok masa berkawad.

Next level, check badan. Kali ni kena masuk bilik, ada dua pegawai perempuan ikut. Memang kena buka baju, nak tengok kesan bedah bersalin ke, accident patah riuk ke. Lepas tu baru sambung ke next test, iaitu check mata. Rabun atau rabun warna.Alhamdulillah aku lepas semua. Lepas tu tunggu untuk last test, bukan main lama! Dari jam 10.30 sampai jam 1.00 baru kena panggil untuk test kecergasan.

1. Lari 4 x 10 m ulang alik. Ini kalau laju sangat memang tergelincir. Aku orang first. Failed la siut kahkahkah. Nasib baik dapat 3 kali cuba. Second trial lepas. Luls
2. Lompat jauh setempat. Kena pergi lebih 1.63m untuk perempuan. Lompat gini tak boleh ambil lajak. Macam orang gila aku berayun sebelum melompat kahkah
3. Sit up. Ini kacang la sebab 28 kali dalam masa 2 minit. Lama tu 2 minit. Dulu masa aku nak join ROTU, tak silap aku kena buat 50 kali dalam masa 1minit setengah kot. Itu menempah maut namanya.

Dan bila dah habis, Alhamdulillah. Aku dan 11 orang (daripada 50++) Kumpulan A berjaya lepas ujian fizikal. Kena berdebar tunggu interview lisan pula.

Nanti la aku sambung. Penat la tulis banyak-banyak.

No comments: