22 August 2019

Hal-hal yang Bikin Hati Walang

Baru-baru ni aku balik kampung lama juga la, 5 hari. Sebab prof pergi Terengganu, ada bengkel untuk project sekarang ni. Dia bawa semua family dia, so aku pun cuti. Aku balik dari Jumaat malam, sampailah petang semalam (Rabu). 

So sepanjang ada dekat Jengka tu, hari Sabtu aku keluar pergi tengok BoboiBoy 2. Saja bawa Fahmi hilangkan stress, nak UPSR kan. Inilah budak-budak sekarang. Stress belajar, tengok wayang. Aku dulu stress belajar (eh pernah ke rasa stress belajar lol), pergi panjat pokok belakang rumah je. Balik, kena marah lagi dengan mak kakakaka!

Jadi hampir 5 hari dekat Jengka, berhempas pulas lah aku mengajar si Fahmi sebab Isnin dia start trial kedua pulak, kemain banyak trial. Masa aku tengah marah Fahmi yang tak hafal sifir, abah lalu dekat kitorang. Dan aku terperasan sesuatu.

Abah jalan bongkok. 

Tahu tak, atok-atok, nenek-nenek yang dah tua, badan bongkok masa berjalan? Macam tu lah abah. Dan masa tu, aku rasa sangat takut, sangat sedih. Rasa pedihnya dekat hati ni. Sebab aku sentiasa rasa abah sihat, tak sedar aku makin tua, abah pun sama. 

Perlahan je abah jalan. Dengan bongkoknya. 

Ya Allahh. Semoga aku sempat bahagiakan mak dan abah. Panjangkan usia mereka, sihatkan mereka, senangkan hati mereka, murahkan rezeki mereka, Ya Allahhh. Banyak lagi nak buat untuk mak abah. 

:( 

No comments: