06 September 2019

Hey, It's My Birthday! ❤

Walaupun seminggu sebelum ini berlaku sesuatu yang paling aku tak mahu hadap, aku cuma berharap Tuhan makbulkan doa-doa aku dengan apa yang sangat aku harap. 

Kami ada bertemu minggu lepas (31 Ogos - 1 Sept), untuk selesaikan semuanya secara berdepan. Biar lebih jelas. Biar lebih ikhlas. Dan aku harapkan apa yang diputuskan ini berbaloi, untuk aku, untuk dia, untuk kami berdua. 

Macam biasa, makan mesti berebut sebab rasa tak cukup LOL

Tahun ni, Fattah bagi hadiah, purse. First time dapat hadiah material yang mahal. Kikiki 



Dan juga ucapannya yang sentiasaaa aku aminkan. 

selamat ulang tahun kelahiran sayang. alhamdulilah masih lagi sambut bersama dan akan terus sambut bersama-sama hingga ke akhirnya.  
😘😘😘
tak ada ucapan panjang kerana tangan dan mata ini tahu untuk siapa saya berdoa dan air mata ini menitis. 
harapan semoga awak, saya dan kita sentiasa dalam rahmatnya dan dipermudah segala perancangan kita, diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi semuanya. 
p/s : maafkan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah saya buat. jadikan itu permulaan kita memulakan kisah yang lebih indah pada masa hadapan. saya cintakan awak, bakal isteri saya, nur amalina. i love you.

I couldn't be any happier. Thank you, sayang!

I love you too  ❤

No comments: